Modifikasi

UTE PALING BRUTAL

Vauxhall tampil luar dari kebiasaan. Selalunya sebuah model Ute baharu dipadankan dengan peningkatan bahan bakar dan emisi. Tetapi Vauxhall memilih melibatkan produknya dengan prestasi lebih buas.

Vauxhall- Maloo-LSA 2016-mekanika (1)

Buktinya, model Ute Vauxhall Maloo LSA 2016 dilengkapi enjin 6.2 liter supercharge. Menerusi kapasiti berkenaan, Maloo LSA berupaya menghasilkan kuasa 536PS dan tork 671Nm.

Enjin dari Chevrolet Camaro Z1 itu bagaimanapun menerima talaan untuk disesuaikan dengan badan kenderaan.

Vauxhall-Maloo-LSA_interior

Pertambahan kuasa sebanyak 105PS dan tork 101Nm itu memerlukan Vauxhall melakukan beberapa modifikasi pada bahagian casis. Nisbah spring dan damper juga lebih keras bagi mengurangkan olengan badan dan meningkatkan gaya pengendalian.

Modul suspensi belakang juga ditingkatkan kekuatannya dan operasi brek belakang lebih efisien.

Vauxhall- Maloo-LSA 2016-mekanika (6)

Pecutan dari sifar ke 100 km/j mampu dilakukan dalam tempoh 4.6 saat. Wajar jika ia disebut sebagai model Ute terpantas United Kingdom.

Bahagian luar jentera ini ditawarkan dengan dua warna iaitu merah dan biru bersama padanan rim lima jejari 20 inci.

Vauxhall- Maloo-LSA 2016-mekanika (4)

Sebagai tambahan, model Ute berkenaan menerima rekaan semula fascia hadapan bersama splitter baharu. Kemasan warna hitam turut digunakan pada lubang udara dan perumah cermin sisi.

Vauxhall Maloo LSA dilengkapi ciri keselamatan standard  Launch Control (transmisi manual), limited slip differential, navigasi satelit, bluetooth, kemasan kulit Onyx  dan teknologi Enhanced Driver Interface(EDI).

Harga bagi  Maloo LSA bermula  £55,500 (RM354,000) bagi versi manual dan  £57,200 (RM365,000) versi automatik.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button