
BMW R 1300 R SUPERHOOLIGAN DIDEDAHKAN – 145HP, 149NM
BMW meraikan ulang tahun ke-50 kemenangan Steve McLaughlin di Daytona 200 dengan mendedahkan jentera kustom, BMW R 1300 R Superhooligan.
McLaughlin muncul juara dalam perlumbaan sulung kategori superbike di Daytona pada tahun 1976 mengguna pakai jentera BMW R90 S dan R 1300 R Superhooligan mengambil inspirasi dari jentera berkenaan.

Untuk rekod, R 1300 R Superhooligan ini lahir dari platform R1300 R baharu dan enjin boxer tersebut menghasilkan 143hp pada 7,750rpm dan 149Nm pada 6,500rpm.
BMW Motorrad turut mengekalkan pilihan warna yang sama dari R90 S yang diguna pakai McLaughlin sekitar 50 tahun lalu. Hasilnya, R 1300 R Superhooligan ini menampakkan warna jingga yang terang.

Menurut BMW Motorrad, rekaan Superhooligan ini meggabungkan gaya asas (dari R90 S) dengan elemen teknikal BMW R 1300 R.
BMW R1300 R Superhooligan ini dibangunkan sepenuhnya oleh kakitangan BMW Motorrad Custom Speed Shop dan diterajui oleh Philipp Ludwig selaku Pengurus Projek di samping Katrin Torge.

Angka 83 yang dipaparkan pada R 1300 R Superhooligan ini merupakan nombor perlumbaan yang digunakan McLaughlin.
Menariknya, BMW turut mengambil beberapa inspirasi pada model M 1000 RR termasuk penggunaan warna biru pada angkup brek bagi mewarnai fork hadapan dan kerangka belakang. Tidak cukup dengan itu, R 1300 R Superhooligan ini juga didatangkan dengan rim karbon yang sama terdapat pada M 1000 RR.

Antara kelengkapan lain tersenarai termasuk:
- lever klac dan brek dari Advik
- sistem ekzos titanium dari Akrapovic
- footrest BMW Motorrad
- fork USD dari Wilbers boleh laras
GALERI: BWM R 1300 R SUPERHOOLIGAN

















