Buletin

SIME DARBY AUTOCONNEXION BUKA TENDER JUAL TANAH SELUAS 10.13 EKAR DI KLANG

Sime Darby Auto ConneXion yang merupakan anak syarikat milik penuh Sime Darby Motors hari ini mengumumkan penjualan tapak tanah kosong pegangan kekal untuk pembangunan seluas 10.13 ekar di Kota Bayuemas,Klang Bandar Diraja, Selangor. 

Proses tender akan bermula pada 21 Ogos dan tamat pada 9 Oktober 2020. Firma Jones Lang Wootton telah dilantik untuk menguruskan penjualan melalui proses tender terbuka tersebut dan segala memorandum serta maklumat lengkap berkenaan proses tender untuk diedarkan.

Tanah tersebut terletak dalam kawasan yang memiliki kemudahan-kemudahan seperti Stadium Tertutup Bowling Bayuemas, Stadium Oval Kriket Bayuemas, sekolah, masjid dan kompleks membeli-belah.

Hartanah itu dihubungkan dengan laluan keluar Lebuhraya Shah Alam (KESAS Highway) dan terletak hanya 8 minit dariBandar Bukit Tinggi dan lebih kurang 10 minit dari pusat bandar Klang.

Perbandaran yang berhampiran termasuklah Bandar Botanic, Ambang Botanic, Bandar Bukit Tinggi dan Kota Pendamar. Kawasan perumahan yang lain ialah Bandar Parklands, Bandar Bukit Tinggi, D’Laman dan Gravit8.

Pusat-pusat tumpuan ramai yang berhampiran termasuklah AEON Bukit Tinggi, GM Klang, Tesco Extra dan Giant Hypermarket. Stesen LRT Johan Setia bakal menjadi perantara untuk kawasan tersebut. Ia dijangka siap dan beroperasi pada tahun 2024.

Tawaran ini terbuka untuk semua bakal pembeli. Mereka dijemput menyatakan hasrat untuk menyertai tender serta mendapatkan memorandum maklumat terperinci daripada Jones Lang Wootton di talian 03 – 2161 2522 atau [email protected]

Semua bidaan tender hendaklah dihantar dan dimasukkan ke dalam kotak tender di Pejabat Korporat Sime Darby ConneXion Sdn Bhd beralamat di Level 3, Block 2, Sime Darby Motors City, Pusat Automotif Sime Darby, No 6, Jalan PJU 1A/7, Ara Damansara 43701 Petaling Jaya, Selangor.

Google ads
Back to top button