Buletin

SINGAPURA BINA JENTERA E-SUPERCAR

Ketika pengeluar kereta nasional di Malaysia bergelut untuk membina semula imej dan mendapatkan kepercayaan rakyatnya, Singapura sudah siap memperkenalkan jentera tempatan mereka yang dinamakan Dendrobium.

singapura-Dendrobium-e-supercar-pertama-mekanika (3)

Republik itu membangunkan sebuah jentera supercar berkuasa elektrik. Menariknya, Singapore SME (small and medium sized enterprise) bergabung dengan pasukan gergasi jurutera F1 iaitu Williams Advanced Engineering untuk menjayakan projek berkenaan.

Menurut laporan Straitstimes,  Vanda Electrics  syarikat milik Wong Fong Engineering Works telah melabur sebanyak $10 juta untuk dua tahun pertama.

Mereka menjangkakan jentera supercar dua pintu dengan bumbung keras itu bakal dipamerkan pada Geneva Motor Show Mac hadapan.

singapura-Dendrobium-e-supercar-pertama-mekanika (1)

Nama Dendrobium diambil sempena bunga orkid. Walaupun namanya begitu lembut, tetapi difahamkan ia mampu memecut ke 100km/j dalam masa tiga saat sahaja.

Jentera itu  banyak menggunakan bahan aluminium dan gentian karbon bagi mendapatkan badan lebih ringan. Ia dikembangkan oleh Williams Advanced Engineering.

Pek bateri lithium-ion supercar itu dikatakan memiliki kuasa 200kW seperti yang digunakan jentera perlumbaan Formula E. Bateri berkenaan disediakan oleh pihak Williams.

Dendrobium turut dilengkapi all-wheel torque vectoring. Maklumat penuh masih disimpan rapi.  Difahamkan pihak Williams bakal mendedahkan informasi lanjut tentang supercar itu bulan hadapan.

 

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button