Buletin

MODUL BEG UDARA RX TIDAK BERFUNGSI

Toyota Motor Sales, USA, Inc mengumumkan panggilan semula dua model baharunya RX350 dan RX450h. Model 2016 itu dikatakan mengalami masalah pada modul beg udara bahagian lutut pemandu.

lexus-rx-2016-mekanika 2

Difahamkan modul beg udara tersebut mungkin tidak dipasang dengan betul. Maka ia boleh menjejaskan prestasi beg udara dan meningkatkan risiko kecederaan jika berlaku kemalangan.

Justeru, pihak Lexus akan melakukan pemeriksaan dan menggantikan dengan komponen baharu. Pemasangan dilakukan secara percuma. Difaham sekitar 5,000 unit kenderaan terlibat.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button