
Tomtom Rider Mudahkan Perjalanan
Peranti navigasi ini direka khas untuk untuk kegunaan penunggang motosikal.
Pengeluar peranti GPS terkenal dunia, TomTom baru-baru ini memperkenalkan versi terbaharu alat navigasi yang direka khas untuk penunggang motosikal. Direka berdasarkan kepada pengguna motosikal, TomTom Rider membolehkan para penunggang memilih jalan yang hendak mereka lalui. Sama ada laluan paling pantas, mempunyai pemandangan cantik atau jalan yang mereka sukai.
Pengguna boleh menghasilkan sendiri dan memuat naik laluan yang mereka sukai terus ke dalam peranti TomTom Rider. Sekiranya sudah memuat turun perisian interaktif Tyre®, penunggang boleh mencari, mencipta dan mengedit jalan mereka sendiri menggunakan komputer peribadi.
Ciri unik Upload Routes and Go pula membolehkan penunggang memuat naik laluan mereka terus ke dalam peranti dan berkongsi maklumat tersebut dengan rakan-rakan lain melalui Bluetooth®.
Sebagai tambahan, TomTom Rider turut menawarkan ciri arahan audio terus kepada topi keledar penunggang menerusi Bluetooth®. Ini sekali gus membolehkan penunggang lebih fokus ke atas jalan raya.
Peranti ini mempunyai skrin sentuh bersaiz 4.3 inci yang mesra sarung tangan. Maksudnya, ia akan memberi maklum balas serta merta sebaik sahaja disentuh.
TomTom Rider juga direka bagi membolehkannya dibawa dalam semua keadaan cuaca. Ia hadir bersama pemegang dan pengecas yang akan menghidup atau mematikannya apabila penghidup motosikal diputar. – Newspress
Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.tomtom.com/rider