Buletin

SISTEM KESELAMATAN MOTOSIKAL BOSCH DIANUGERAHKAN SAFETY TECHNOLOGY AWARD OLEH NCAP

Bosch selaku pendahulu dalam teknologi keselamatan motosikal telah dianugerahkan Safety Teknology Award:Innovative Motorcycle Technology atas sumbangannya oleh New Car Assessment Programme for South East Asean Countries (ASEAN NCAP). Anugerah ini sebagai tanda memperajui usaha berterusan Bosch dalam membangunkan teknologi keselamatan motosikal.

Antara inovasi yang dilakukan Bosch ialah sistem brek anti-kunci untuk motosikal (ABS), sistem kestabilan motosikal (MSC) dan bantuan penglihatan sisi (side view assist). Bosch sebagai pendahulu dalam keselamatan kenderaan dua-roda memang sentiasa berusaha untuk menjadikan menunggang sesuatu proses yang selamat dan selesa tanpa menjejaskan keseronokkan, kata Christian Groeger, pengurus bahagian keselamatan motosikal Bosch.

Ini merupakan kali kedua Bosch menerima anugerah daripada ASEAN NCAP, kali pertama ialah pada tahun 2014 untuk peralatan Electronic Stability Programme (ESP) keluaran mereka. Ia juga dikenali dengan nama Electronic Stability Control (ESC) – satu penemuan Bosch yang telah menyelamatkan hampir 8,500 nyawa dan berjaya mengelakkan lebih daripada suku juta kemalangan di Eropah sehingga saat ini. Kerajaan Malaysia juga telah mengumumkan bahawa negara ini akan menjadi negara pertama di Asia Tengara yang akan mewajibkan pemasangan ESP pada setiap kereta penumpang baharu menjelang 1 Jun 2018.

Rantau Asia Tenggara, merupakan pasaran ketiga terbesar dunia untuk motosikal, di belakang China dan juga India dan sememangnya memerlukan usaha berterusan dalam pembangunan teknologi keselamatan bermotosikal. Setiap tahun hampir 21,000 kematian berlaku di kalangan penunggang motosikal hanya di Indonesia dan Thailand sahaja. Tambahan pula dengan 18 kemalangan maut melibatkan penunggang di Malaysia setiap hari menurut World Health Organization (WTO), menjadikan negara ini menduduki tempat ketiga di belakang Indonesia dan Thailand. Malah lebih 60 peratus kemalangan di Malaysia sememangnya melibatkan penunggang motosikal.

Simon Song, pengarah urusan Bosch Malaysia berharap agar kerajaan mewajibkan pemasangan secara berperingkat sistem ABS untuk motosikal agar jumlah kemalangan berjaya boleh diturunkan sekurang-kurangnya satu perempat. Memandangkan motosikal memang menjadi alat pengangkutan yang cukup popular di Malaysia, pemasangan ABS diharapkan dapat mengurangkan jumah kemalangan yang berlaku.
ABS untuk motosikal sudah menjadi standard global

ABS untuk motosikal sudah menjadi standard global
Penyelidikan yang dilakukan Bosch menunjukkan yang satu perempat jumlah kemalangan boleh dikurangkan dengan pemasangan ABS untuk motosikal. ABS menghalang tayar dari terkunci sepenuhnya sekaligus membolehkan penunggang mengawal motosikal dengan lebih baik. Malah satu demi satu negara dunia mula menguatkuasakan undang-undang pemasangan ABS untuk motosikal.

Di Eropah, peraturan pemasangan ABS untuk motosikal telah diwajibkan untuk motosikal melebihi 125cc sejak awal 2016. Jepun bakal menyusul dengan peraturan sama menjelang 2018 diikuti Taiwan 2019. Malah kerajaan India turut menyatakan yang ABS bakal menjadi peralatan standard untuk semua kenderaan baharu di India menjelang April 2018.

Dari ABS ke side view assist
Sejak dari tahun 1995 Bosch telah memasarkan hampir 2 juta unit ABS untuk motosikal. Terbaru ialah varian ABS 10 yang lebih kecil dan ringan khusus untuk keperluan jentera dua roda. Kawasaki Versys X-300 ABS merupakan motosikal pertama yang dipasarkan dengan ABS ini. Ia akan diikuti oleh Suzuki GSX-S125 ABS pada tahun 2018.

Sistem kestabilan motosikal (MSC) diperkenalkan oleh Bosch pada tahun 2013 dan merupakan sistem pertama seumpamanya di dunia dalam satu pakej. Sistem ini mengesan parameter motosikal seperti sudut kecondongannya sekaligus melaraskan sistem elektronik yang mengawal daya brek dan kawalan pendikit untuk disesuaikan dengan keadaan tunggangan. Bukan itu sahaja, mereka turut membangunkan side view assist yang pertama untuk motosikal. Ia menggunakan sensor ultrasonik yang mengesan keadaan pada bahagian titik buta (blindspot) untuk mengelakkan kemalangan khususnya sewaktu menukar lorong.

Google ads
Back to top button