
SISTEM RFID BANYAK KELEMAHAN, PELANCARANNYA DITANGGUHKAN
Projek perintis Teknologi Pengenalan Frekuensi Radio (RFID) di plaza tol akan ditangguhkan kerana terdapat kelemahan dalam sistem yang perlu diperbaiki sebelum ia dilancarkan secara rasmi.
Timbalan Pengurus Besar terowong SMART, Mohd Noor Ali berkata syarikat konsesi tersebut sedangf bekerjasama dengan Touch ‘n Go (TNG) untuk mendapatkan maklum balas daripada pengguna yang telah mendaftar sebagai projek perintis.
“Kami mendapati bahawa beberapa penambahbaikan perlu dilakukan semasa tempoh percubaan sebelum ia dilancarkan secara rasmi. Mereka ada isu berkenaan tahap pengesanan kod bar dari pelekat kereta ke pautan aplikasi ‘E-Wallet’.
“Berbanding dengan kad fizikal yang menyatakan baki secara automatik, RFID perlu digunakan bersama-sama dengan aplikasi itu tetapi kadangkala kita mendapati ia gagal berfungsi. Jadi ini perlu diselesaikan terlebih dahulu,” kata Mohd Noor.
Beliau berkata pada masa ini, tempoh percubaan untuk projek perintis RFID bergantung kepada laporan dan maklum balas daripada pemegang konsesi tol dan orang ramai.
“Setakat ini, pemegang konsesi telah menerima maklum balas mengenai RFID di mana kadangkala palang tak terbuka, sensor yang lambat mengesan dan membuka palang dan caj tol berlebihan.
“Jika sistem itu dapat diperbaiki, kerajaan akan mengumumkan tarikh untuk melancarkan RFID secara rasmi,” katanya.
Sistem RFID, yang menggunakan cip frekuensi radio yang terkandung dalam pelekat yang dipasang pada kenderaan, akan menggantikan peranan peranti Smart Tag.
Terdapat sejumlah 167 lorong TNG TNG yang beroperasi di 23 lebuh raya, melibatkan 58 plaza tol. Ia termasuk Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), SPRINT, Loke Yew (Besraya Expressway) dan Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP).
KREDIT: FREEMALAYSIATODAY