" "
Buletin

REKOD KERETA RECOND SUDAH BOLEH DIPERIKSA DI SINI

Salah satu masalah yang tidak dapat diatasi sehingga hari ini ialah kawalan terhadap industri kereta import terpakai atau kita kenalinya sebagai kereta recond. Tiada badan atau organisasi yang bertanggungjawab memantau kereta yang dijual.

Pelanggan hanya bergantung kepada laporan pemeriksaan yang dikeluarkan oleh PUSPAKOM semata-mata dan maklumat yang diperolehi sebenarnya sangat terhad. Ia lebih kepada kondisi fizikal seperti nombor chasis dan enjin.

Mereka tidak dapat mengeluarkan laporan seperti perbatuan (mileage), kesan kemalangan atau rekod kerosakan yang berkaitan. Pembeli kereta recond terpaksa bergantung kepada maklumat yang diberikan jurujual yang mana dari 10 jurujual yang anda tanya, semua kereta mereka adalah gred 5.

Makna kata kereta recond yang dibawa masuk ni memang jenis tip-top tak pernah eksiden, mileage memang rendah yang amat, bau macam kereta baru, pakai tak luak dan segala janji manismu.

Tapi bila mintak auction report, mungkin separuh je yang berani bagi.

Namun, anda tak perlu gusar lagi. Sudah ada syarikat yang membangunkan perisian maklumat untuk memeriksa rekod dan sejarah kenderaan yang dibeli. Tak perlu beli dulu pun sebenarnya. Katakan anda dah tengok kereta di sebuah premis, ambil nombor chasis dan boleh diperiksa di sini.

Ia laman web yang dibangunkan syarikat tempatan dalam usaha memberi maklumat pembeli dan bakal pembeli kereta recond di luar sana. Setakat ini, mereka hanya membekalkan maklumat untuk kereta dari Jepun sahaja.

Berikut adalah maklumat tambahan yang mungkin anda perlu tahu mengenai laman web ini

Mengapa perlu periksa rekod kereta recond

Sejarah lelong akan memberi anda laporan komprehensif termasuk odometer, keadaan, dan kemalangan.

Berapa lamakah masa untuk menghasilkan laporan?

Laporan akan diperolehi dengan serta-merta selepas pembayaran dibuat.

Apa yang boleh saya ketahui dari laporan itu?

Anda boleh mengetahui sama ada odometer kenderaan telah diubah, keadaan sebenar kereta, dan sebarang laporan kemalangan. Kadang-kadang anda juga boleh memperolehi gambar ketika lelongan dan harga jualan di Jepun.

Berapakah kos untuk satu laporan?

Scrut.my mengenakan 50 kredit untuk setiap laporan. Anda boleh top-up kredit akaun anda. Lebih banyak anda top-up, lebih murah ia akan menjadi.

Laporan tahun lelongan yang manakah boleh anda periksa?

Rekod lelongan tersedia dari tahun 2007 dan seterusnya.

Apakah kaedah pembayaran yang anda terima?

Kami menerima Kad Kredit dan FPX (Perbankan Dalam Talian).

Adakah boleh periksa kereta recond dari UK?

Pada masa ini, hanya menyediakan laporan lelongan dari Jepun.

Bagaimanakah saya menyemak laporan lelongan kereta saya?

Masukkan sahaja casis kereta atau nombor bingkai atau Nombor Pengenalan Kenderaan (VIN) dalam laman web scrut.my.

Bolehkah anda memberikan saya salinan Sijil Eksport?

Boleh. dengan bayaran tambahan untuk Sijil Eksport. Sila hubungi [email protected].

Kenapa saya tidak dapat mencari nombor casis kereta saya di Scrut?

Kemungkinan besar kereta anda telah dijual melalui peniaga kereta dan tidak melalui lelongan. Dalam kes ini, kami tidak dapat menyediakan sebarang sejarah lelongan. Walau bagaimanapun, kami boleh menyemak sijil eksport jika anda ingin menyemak perbatuan.

Google ads
Back to top button