Buletin

KKR ARAH PLUS DAN TnG PERINCIKAN KOS RFID. STIKER RM35 BEBANKAN RAKYAT

Kementerian Kerja Raya mengarahkan penilaian dibuat ke atas caj pemasangan sekeping pelekat teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) berharga RM35 yang dianggap membebankan pengguna.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Fadillah Yusof berkata, syarikat terlibat iaitu PLUS Expressways Berhad dan Touch ‘n Go Sdn. Bhd. telah diarahkan memberi maklumat perincian kos sebenar pembangunan RFID berkenaan.

Berdasarkan perincian tersebut, Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Kementerian Kewangan (MOF) akan melakukan penilaian berhubung caj yang wajar dikenakan terhadap pemasangan pelekat RFID berkenaan.

“Apa justifikasi caj RM35 yang dikenakan (terhadap sekeping pelekat RFID). Kalau tidak, kita akan memastikan sama ada (caj) dikurangkan atau kos munasabah yang boleh dikenakan kepada pengguna,” katanya.

Terdahulu, Kabinet telah memutuskan agar pengguna diberi lebih pilihan alternatif selain penggunaan RFID bagi pembayaran tol di lebuh raya.

Beliau berkata, syarikat konsesi, Plus Expressways juga memberi jaminan akan menambah semula lorong Touch ‘n Go dan Smart Tag di semua plaza tol terlibat pada masa terdekat.

Pelaksanaan RFID oleh PLUS meliputi Plaza Tol Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor bermula 15 Januari lalu menimbulkan banyak rungutan daripada pengguna. – K! ONLINE

Google ads
Back to top button