Buletin

SKIDOO TAWAR SERVIS PENGHANTARAN 40% LEBIH MURAH. NAK JADI RIDER PUN BOLEH

Perkhidmatan penghantaran sememangnya tidak asing lagi bagi rakyat Malaysia. Pandemik yang melanda telah mendorong peningkatan permintaan terhadap perkhidmatan penghantaran yang lebih baik dan cekap di negara ini.

Memperkenalkan SKIDOO, penyedia perkhidmatan penghantaran terbaru. Ia  yang menawarkan pelbagai perkhidmatan penghantaran untuk perniagaan, urusan perpindahan, makanan dan bungkusan peribadi. Semuanya pada harga berpatutan dan mengutamakan kepentingan pelanggan.

SKIDOO memberi penekanan terhadap kualiti perkhidmatan dan penjagaan barangan pelanggan, standard perkhidmatan pelanggan yang tinggi serta harga kompetitif.

Syarikat tersebut menawarkan perkhidmatan 40 peratus lebih murah berbanding syarikat-syarikat penghantaran lain, tanpa caj tersembunyi.

Pasukan SKIDOO turut menjamin perkhidmatan pelanggan yang berkualiti. Pelanggan hanya perlu menghantar pesanan melalui nombor WhatsApp atau terus hubungi SKIDOO jika mereka mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah dan pasukan SKIDOO akan memberikan penyelesaian segera.

Buat masa sekarang, pelanggan boleh memilih kenderaan penghantaran pilihan mereka yang terdiri daripada motosikal, kereta, van, trak 4X4, lori 1 tan, lori 3 tan dan lori 5 tan.

SKIDOO berpangkalan di Kuala Lumpur dan merancang untuk melebarkan sayapnya ke seluruh Lembah Klang dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Selaras dengan sasarannya untuk terus berkembang, SKIDOO menjemput rakyat Malaysia untuk menyertai mereka sebagai rakan penghantar.

Mereka yang ingin mencari pendapatan tambahan dialu-alukan untuk mendaftar dengan SKIDOO melalui laman sesawangnya. Mereka akan diberikan insentif bulanan tambahan, gaji mingguan serta pelbagai insentif dan manfaat lain.

Sempena pelancaran ini, SKIDOO menawarkan potongan 21 peratus caj penghantaran kepada semua pelanggan mereka, terhad kepada 20 pengguna setiap hari. Promosi ini akan berlangsung selama sebulan dan pelanggan boleh menebus dengan menggunakan kod promosi SKIDOO2021 mulai 16 Oktober hingga 15 November 2021.

Google ads
Back to top button