Buletin

SERVIS KERETA DENGAN KEMPEN GOLADIES. HARGA TELUS, BANYAK MANFAAT UNTUK PEMANDU WANITA

GoCar Malaysia baru-baru ini mengumumkan kempen GOLADIES yang menawarkan golongan wanita untuk mencuba perkhidmatan GoCar Garage secara percuma bersama beberapa pilihan naik taraf.

Kempen itu bertujuan menggalakkan lebih ramai pemandu wanita untuk memanfaatkan penyelesaian penyelenggaraan dan perkhidmatan servis kereta secara digital di bawah satu bumbung. 

Boleh didapati menerusi aplikasi GoCar, platform yang lengkap bersama struktur harga yang telus. Jadi, pemandu wanita tanpa perlu bimbang terhadap caj-caj tersembunyi atau tidak dijangka.

Melalui kempen ini, 300 orang pelanggan wanita pertama yang menggunakan kod-kod promo tertentu di aplikasi mudah alih GoCar akan menerima satu servis penukaran minyak secara percuma atau memilih perkhidmatan sama yang boleh dinaik taraf. GoCar Garage hanya menggunakan minyak enjin premium jenama Total atau Shell.

Kod-kod promo adalah seperti berikut:

  • “PITSTOP1” untuk pakej servis Minyak Mineral Oil, diberi percuma (harga biasa RM98)
  • “PITSTOP2” untuk pakej servis Minyak Semi-Sintetik pada harga cuma RM30 (harga biasa RM128)
  • “PITSTOP3” untuk pakej servis Minyak Sintetik Penuh pada harga cuma RM100 (harga biasa RM198)

Menerusi kempen ini, reka juga boleh memastikan kereta diservis tanpa perlu mengambil cuti atau keluar dari rumah kerana GoCar menawarkan penghantaran ke rumah GoValet secara percuma.

Manfaat-manfaat lain termasuklah boleh menggunakan kereta GoCar selama dua jam, perkhidmatan membasuh dan sanitasi kereta, serta pemeriksaan 31 poin kenderaan secara percuma.

Kod promo yang hanya boleh digunakan sekali sahaja itu mesti dimanfaatkan di antara 21 Oktober hingga 30 November 2021. Tetapi pelanggan boleh menebus temu janji servis mereka sehingga 31 Disember 2021. 

Kempen GOLADIES hanya boleh didapati di Lembah Klang. Kenderaan akan diservis di GoCar Garage Hub di Petaling Jaya.

Melalui aplikasi mudah alih GoCar, pelanggan boleh menjadual dan mengesahkan temu janji servis mereka, memilih atau meminta servis yang diingini, membuat pembayaran serta menguruskan penghantaran ke rumah, pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Selain penukaran minyak selama 45 minit, perkhidmatan lain yang ditawarkan termasuklah pemeriksaan dan menukar bateri, servis tayar, pembaikan dan penyelenggaraan sistem pendingin hawa, brek, sistem penyejukan enjin, diagnosis elektrikal serta pembaikan badan dan cat. 

Aplikasi mudah alih itu memantau semua perkhidmatan yang diminta dan menyediakan sebut harga untuk menghalang sebarang kemungkinan penambahan harga yang tidak dipersetujui.

Malah, perincian kos hanya akan diberi sekiranya juruteknik berpendapat satu prosedur perlu dilakukan selepas pemeriksaan dibuat. Kerja-kerja hanya akan bermula selepas pelanggan memberikan pengesahan dan kelulusan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai GoCar Garage, dapatkan satu slot pemeriksaan kenderaan percuma atau tempah sesi servis, download aplikasi GoCar atau layari laman web https://www.gocar.my/garage dan GOLADIES.

Google ads
Back to top button