
SKODA AUTO BEKERJASAMA BERSAMA PASUKAN CHELSEA WOMAN
Škoda UK telah mengumumkan bahawa mereka akan bersedia untuk bekerjasama dengan pasukan Chelsea Woman, sebuah kelab bola sepak yang paling berjaya dalam sejarah Woman Super League (WSL). Tim Chealsea lelaki yang ada sekarang ni tak berapa nak berjaya. Lawan dengan Brentford pun boleh kalah.
Berita tentang kerjasama diantaraq Skoda UK dan Chelsea Woman ini diumumkan menjelang pertembungan teratas dalam saingan liga WSL membabitkan Chelsea Woman menentang Manchester United Women yang berada di tempat keempat dalam liga ketika ini. Dengan penumuman itu, ianya akan meningkatkan lagi penglibatan Škoda dengan penonton wanita dan mempamerkan rangkaian kereta pernah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa.
Perkongsian itu akan menyaksikan kedua-dua jenama bekerjasama rapat dan boleh dilihat membabitkan semua aktiviti di dalam dan luar padang Chelsea. Penjenamaan Škoda akan boleh dilihat pada papan tanda dan iklan di kawasan Stamford Bridge dan juga Kingsmeadow tempat Chelsea Women beraksi.
Manakala program tambahan aktiviti digital akan melihat kandungan eksklusif muncul di seluruh saluran media sosial Chelsea Women dan Škoda UK. Pemain dan kakitangan pasukan juga akan mendapat akses kepada rangkaian model Skoda sepertu Enyaq dan Coupé yang terkenal di tempat latihan di Cobham. Ini termasuk pemain dan kakitangan Akademi yang mungkin kadangkala menghadapi masalah pengangkutan.

Perkongsian itu mewakili usaha pertama jenama itu dalam bola sepak wanita. Sukan ini telah berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dibantu oleh persembahan berprofil tinggi oleh kedua-dua kelab dan pasukan kebangsaan England, yang mara ke final Piala Dunia Wanita FIFA 2023 sebelum ini.
Perkongsian baharu dengan Chelsea Women mengukuhkan sokongan Škoda terhadap sukan Wanita. Sebelum ini Skoda turut bekerjasama dengan Sukan Wanita lain seperti Tour de France Femmes. Škoda juga melancarkan Akademi Berbasikal DSI dengan kerjasama Paralimpik Britain Dame Sarah Storey. Program ini menyokong pelumba wanita muda yang bercita-cita tinggi dalam laluan mereka ke peringkat elit.
Dengan kerjsama ini, pastinya akan terus mengukuhkan jenama Skoda di UK mahu pun di peringkat Eropah seterusnya.
BACA : SUZUKI GREAT BRITAIN MASIH LAGI KEKAL SEBAGAI PENAJA UTAMA UNTUK KELAB MK DONS
BACA : KISAH PENAJAAN PENGELUAR KENDERAAN DAN KELAB BOLASEPAK