PENDAFTARAN BEV DI THAILAND MENINGKAT 380 PERATUS
Persatuan Kenderaan Elektrik Thailand (EVAT) mengeluarkan ringkasan landskap EV di negara berkenaan, memaparkan pertumbuhan dan masa depan yang menjanjikan untuk mobiliti elektrik.
Pendaftaran baharu untuk Kenderaan Elektrik Bateri (BEV), khususnya kereta elektrik, mencapai 76,366 unit pada 2023, menandakan peningkatan begitu ketara berbanding 9,678 unit pada tahun sebelumnya.
Keseluruhan pendaftaran baharu untuk pelbagai jenis EV melonjak kepada 100,219 unit pada 2023, menunjukkan pertumbuhan sebanyak 380 peratus berbanding 20,816 unit yang didaftarkan pada 2022.
Berikut adalah pecahan pendaftaran baharu untuk pelbagai jenis kenderaan elektrik pada tahun 2023:
- Kereta BEV: 76,366 unit
- Motosikal BEV: 21,927 unit
- Kenderaan penumpang BEV: 1,218 unit
- BEV tuk-tuk: 432 unit
- Trak BEV: 276 unit
Kategori BEV meningkat daripada 32,081 unit pada 2022 kepada 131,856 unit pada 2023, meningkat sebanyak 311 peratus.
Pembuat kereta China, termasuk Chang’an, SAIC, dan Great Wall Motors mendahului dalam senarai daftar tersebut.
Menurut ketua pengarah Jabatan Hasil, Dr. Ekniti Nitithanprapas, peningkatan berkenaan dibantu oleh program Kenderaan Elektrik 3.5 (EV 3.5).
Dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Darat, inisiatif ini bertujuan untuk menyokong serta mempromosikan penggunaan kenderaan elektrik di Thailand.
Dasar EV 3.5 sejajar dengan strategi alam sekitar global, menggalakkan neutraliti karbon dan kenderaan elektrik import di bawah dasar EV 3.5 akan mencecah sekitar 175,000 unit antara 2023 -2024.
Tambahnya lagi, ia dijangka merangsang pengeluaran domestik, dengan anggaran 350,000 hingga 525,000 unit menjelang 2026.
- BACA: GWM MULA PRODUKSI ORA DI KILANG RAYONG, THAILAND
- BACA: YAMAHA XMAX TECH MAX 2024 DAPAT SUSPENSI ÖHLINS DI THAILAND
- BACA: HONDA JADI PENGELUAR KERETA JEPUN PERTAMA PRODUKSI EV DI THAILAND – BAKAL LANCAR HONDA e:N1 TAHUN DEPAN
- BACA: TOYOTA, HONDA, ISUZU RANCANG LABUR RM20 BILION DI THAILAND UNTUK PENGELUARAN EV