
PRODUKSI MAZDA6 DI JEPUN DIHENTIKAN APRIL INI
Setelah menamatkan produksi untuk pasaran Amerika Utara pada 2021 dan UK tahun lalu, Mazda baru-baru ini mengumumkan penjualan Mazda6 sedan dan wagon akan dihentikan di Jepun pertengahan April ini.
Mazda6 ialah pengganti kepada Atenza, di mana generasi pertamanya dilancarkan pada tahun 2002 di Jepun.
Untuk rekod, sejak dilancarkan 22 tahun lalu, Atenza dan Mazda6 telah mengumpul hasil jualan sebanyak 226,437 unit.

Penamatan produksi model sedan dan wagon berkenaan boleh dijangka, berikutan pelanggan kini menunjukkan minat terhadap SUV atau crossover begitu tinggi sejak kebelakangan ini.
Menurut pegawai eksekutif Mazda, Kazuyoshi Todo yang bertanggungjawab ke atas jualan domestik, sedan itu merangkumi DNA Mazda dan merupakan simbol bagi etos “zoom-zoom”.
Tambahnya lagi, crossover siri CX akan mengambil alih peranan ini, dan akan terus menyediakan pelanggan kepada pemanduan yang lebih menarik, selaras dengan era moden.
- BACA: KENAPA MAZDA DEGIL & KERAS KEPALA? BANGUNKAN SEMULA ENJIN ROTARI BERSAMA RONIN
- BACA: MAZDA MX-5 MIATA RS, BAKAL JADI KENYATAAN
- BACA: PASUKAN JURUTERA ENJIN ROTARY MAZDA AKAN KEMBALI BERSATU – CEO BUAT PENDEDAHAN TIDAK SENGAJA DI TAS
- BACA: MAZDA 6, ULANG TAHUN KE 20. KEKAL HENSEM, SEDAP DIPANDU