SKODA AUTO MASIH LAGI KEKAL SEBAGAI PENAJA UTAMA UNTUK TOUR DE FRANCE UNTUK TAHUN KETIGA
Pengeluar kenderaan berasal dari Republik Czech, Škoda Auto sekali lagi akan bertindak sebagai rakan kongsi utama rasmi untuk perlumbaan basikal terulung di dunia, Tour de France Femmes avec Zwift untuk tahun ketiga berturut-turut. Perlumbaan tersebut akan berlangsung bermula dari 12 hingga 18 Ogos membabitkan sejumlah 154 pelumba daripada 22 pasukan akan memulakan laluan sejauh 950 km merentasi lapan peringkat melalui Belanda, Belgium dan Perancis.
Oleh kerana Sukan Olimpik masih lagi berlangsung di Paris, Grand Départ akan berlangsung di Rotterdam Belanda terlebih dahulu. Cabaran sukan paling penting menanti para atlet di peringkat kelapan dan terakhir dari Le Grand-Bornand ke Alpe d’Huez. Di Col du Glandon kelak, para penunggang akan mencapai titik tertinggi laluan pada 1,924 meter dan menakluki sejumlah 3,900 meter secara keseluruhan.
Untuk edisi perlumbaan 2024 ini, Škoda Auto membekalkan kepada penganjur membabitkan sejumlah 70 kereta Škoda hibrid elektrik dan plug-in. Pengarah Perlumbaan Marion Rousse, akan memantau acara tersebut dengan menggunakan Skoda Enyaq, yang akan berfungsi sebagai Red Car.
Red Car tersebut akan berfungsi sebagai kenderaan mengawasi aksi di trek dari pusat arahan yang dilengkapi khas untuk Skoda Enyaq ini. Dengan menawarkan pilihan kenderaan kepada penganjur perlumbaan, Skoda Auto turut secara tidak langsung menyumbang kepada mempertingkatkan kemampanan armada dan kepada perlumbaan Tour de France itu sendiri.
Jenama Škoda Auto juga akan hadir dengan cara lain di Tour de France, sa,a seperti tahun-tahun sebelumnya. Malah mereka turut akan bertindak sebagai penaja untuk Jersi Hijau untuk peneraju klasifikasi mata, dengan pemenang akan menerima trofi kaca kristal hijau yang direka khas oleh Škoda Design.
Tahun ini, Škoda Auto telah melanjutkan perkongsiannya dengan badan penganjur A.S.O. dan kini menyokong sejumlah 20 acara berbasikal profesional dan amatur antarabangsa khusus lelaki dan wanita. Selain Tour de France dan Tour de France Femmes avec Zwift, ini termasuk perlumbaan seperti La Vuelta dan La Flèche Wallonne. Pengeluar kereta dari Republik Czech juga menaja L’Étape oleh Tour de France, acara yang dianjurkan khusus unutk penunggang basikal amatur.
BACA : ALKISAH RED CAR SKODA DAN TOUR DE FRANCE