Artikel Pilihan

NISSAN SEDANG UJI CAT ‘PENYEJUK’ PERTAMA DI DUNIA – INI BARU TEKNOLOGI BIJAK

Selepas berbulan-bulan menjalani proses ujian, cat istimewa Nissan dengan fungsi penyejuk nampaknya membuahkan hasil yang positif. Teknologi baharu ini adalah hasil kerjasama Nissan dengan Radi-Cool yang merupakan pakar dalam teknologi sejukan radioaktif. Matlamat mereka ialah untuk menghasilkan cat kenderaan yang mampu mengalihkan haba dengan cepat.

Ujian yang dilakukan mereka nampaknya berjaya menurunkan 12 darjah Celsius suhu luaran dan 5 darjah Celsius di bahagian dalam kabin. Banyak tu turunnya gais.

Teknologi baharu ini bakal membantu menjadikan dunia automotif lebih efisyen kerana dapat mengurangkan penggunaan tenaga untuk menyejukkan kenderaan terutamanya ketika cuaca panas.

Dalam keadaan yang panas, sistem penyaman udara terpaksa bekerja keras untuk menyejukkan ruang dalaman sekaligus menambah beban pada enjin. Macam mana dengan kenderaan EV? Lagi teruk dik kerana penggunaan tenaga yang berlebihan akan mengurangkan lagi jarak operasi anda.

Nissan telah menguji cat baharu ini di kawasan pakir Haneda Airport sejak November lepas. Ia merupakan tempat yang sesuai kerana kenderaan dipakir di kawasan terbuka yang tentunya panas di kawasan lapangan terbang. Berbeza dari kenderaan biasa, kenderaan yang dicat dengan lapisan cat isitimewa ini terbukti lebih sejuk luar dan dalam.

Walaupun ujian ini membuahkan hasil, terdapat lebih banyak kajian mesti dilakukan sebelum ianya sesuai untuk digunakan pada kereta anda. Kena ingat, cat yang diuji sekarang mempunyai ketebalan 120 mikron. Bersamaan dengan enam kali ganda ketebalan cat kereta biasa.

Bukan itu sahaja, mereka juga sedang berusaha untuk menghasilkan cat dengan warna yang berbeza. Ingat bukan semua orang suka kereta warna putih deh.

Sebenarnya sebelum ini Nissan pernah menyebut yang cat ini disasarkan kepada kenderaan komersil seperti van penghantaran dan lori jarak jauh. Namun taka da yang mustahil di dunia ini. Silap 4 tahun dari sekarang kereta penumpang biasa pun dah boleh pakai cat istimewa ni.

Google ads
Back to top button