Motosikal

YAMAHA XMAX TECH MAX 2024 DAPAT SUSPENSI ÖHLINS DI THAILAND

Yamaha Thailand dengan rasminya memperkenalkan Yamaha XMAX Tech Max terbaru bagi tahun 2024. 

Menariknya, versi 2024 itu bukan hanya tampil dengan skim warna baharu, Magma Black malah turut dinaik taraf dengan suspensi Öhlins (belakang) boleh laras (rebound, preload dan compression). 

Dalam pada itu, varian Tech Max ini juga hadir dengan pelbagai kelengkapan yang istimewa yang merangkumi:

  • Tech MAX Special Seat
  • Tech MAX Hand Grips
  • Tech MAX Foot Plates
  • Tech MAX Cover Front Luggage
  • Tech MAX Emblem

Untuk rekod, berbeza dengan pasaran Malaysia yang hadir dengan enjin bersesaran 250cc, XMAX Tech Max di pasaran Thailand dipacu enjin 300cc (292cc) satu silinder SOCH 4-valve dengan sistem penyejukan cecair yang menjana 27.6hp dan 29Nm. 

Meskipun begitu, kelengkapan lain masih lagi sama antaranya panel meter TFT 4.2-inci dengan sambungan Yamaha Y-Connect dengan fungsi navigasi GArmin. 

Bagi pasaran negara itu, Yamaha XMax Tech Max 2024 ini djual pada harga THB224,900 (RM29.9k). 

Google ads
Back to top button