ZEEKR X DIDEDAHKAN DI MALAYSIA – DUA VARIAN; PREMIUM DAN FLAGSHIP AWD, HARGA BAWAH RM180K
Zeekr X secara rasmi didedahkan dan dipamerkan di Sunway Pinnacle, ditawarkan dalam dua varian iaitu Premium dan Flagship AWD dengan tanda harga bawah RM180,000.
Zeekr X dibina menggunakan platform Scalable Electric Architecture (SEA) Geely yang turut digunakan oleh smart #1.
Dari segi dimensi, ia mempunyai ukuran panjang 4,432mm, lebar 1,836mm, tinggi 1,566mm dan jarak roda 2,750mm.
Dari segi penggayaan, Zeekr X tampil dengan gaya sporty termasuk menerima kelengkapan seperti lampu utama LED, DRL LED, pemegang pintu tersembunyi, pintu tanpa bingkai, panoramic sunroof bersama heat protection.
Di bahagian dalam, ia dilengkapi gugusan instrumen digital 8.8-inci dan sistem infotainmen skrin sentuh 14.6-inci serta pengecas tanpa wayar.
Bagi varian AWD, ia ditambah dengan ciri-ciri seperti head-up display serta sistem audio Yamaha 13-pembesar suara.
Zeekr X didatangkan dalam lima pilihan warna iaitu;
- Crystal White
- Mist Grey
- Grid Grey
- Palace Beige
- Pine Green
Dari segi kuasa, varian Premium dijana oleh motor elektrik pacuan roda belakang, menghamburkan kuasa 268hp dan mempunyai daya pecutan 0-100 km/j dalam masa 5.6 saat.
Sementara versi Flagship AWD pula didatangkan dengan dua motor elektrik, menghasilkan 422hp, dengan pecutan 0-100 km/j hanya menelan masa 3.8 saat.
Pek bateri 66 kWh didatangkan secara standard, menawarkan jarak gerak sejauh 440km dan menyokong pengecasan pantas DC 150kW, mengambil masa 30 minit bagi pengecasan 10-80 peratus.
Bagi ciri keselamatan, ia dilengkapi ADAS, merangkumi;
- Kawalan jelajah adaptif (ACC)
- Penukaran lorong automatik (ALC)
- Kawalan pengekalan tengah lorong (LCC)
- Bantuan kekal lorong (LKA)
- Sokongan mitigasi pelanggaran hadapan (CMSF) dan belakang (CMSR)
- Bantuan pengelakan lintasan trafik depan (FCTA) dan belakang (RCTA)
- Tujuh beg udara, sistem kamera 360 darjah
- Peranti perakam video pemanduan (DVR)
Untuk harga pula, seperti dinyatakan, Zeekr X boleh dimiliki pada harga dibawah RM180,000.
GALERI:
- BACA: SKODA ENYAQ RS RACE CONCEPT – SEBUAH KERETA LUMBA KONSEP ELEKTRIK YANG LEBIH GARANG
- BACA: INOVASI HONDA: ERA EV DENGAN CIRI DERUMAN ENJIN MODEL IKONIK
- BACA: JUAL KERETA JADI DRAMA: GAJI RM3K, SELERA NAK MILIKI MERCEDES RM300K
- BACA: ISUZU D-MAX CAPAI PERJALANAN 2,000KM DENGAN HANYA SATU TANGKI BAHAN API