Buletin

ŠKODA FABIA COMBI MONTE CARLO 2019 – WAGON KOMPAK ELEGAN

Dalam perniagaan, kepelbagaian fungsi maksimum produk adalah sangat penting bagi menjana keuntungan demi menjamin kesinambungan syarikat di masa hadapan. Satu pelantar (platform) kenderaan, dan hasilkan dengan pelbagai model adalah salah satu cara daripadanya. Skoda yang sememangnya terkenal dengan model Fabia, turut menghasilkan model Fabia Combi, sebuah wagon kompak.

BACA : SKODA KAMIQ – SUV KETIGA DALAM KELUARGA SKODA

BACA : ŠKODA FABIA DAN ALKISAH TIGA KETURUNANNYA

Skoda Fabia Combi yang diasaskan daripada hatcback Fabia NJ, generasi ketiga dalam keluarganya sebetulnya telah pun berada di pasaran semenjak tahun 2015 lagi. Dan bagi memastikan Skoda Fabia Combi ini terus kekal relevan, Skoda telah memperkenalkan sebuah model istimewa, Skoda Fabia Combi Monte Carlo 2019.

Menariknya mengenai model wagon ini, ianya dihasilkan bersempena mengambil semangat sukan permotoran yang sememangnya telah lama wujud di Kota Monte Carlo. Ibu Kota Monaca yang sememangnya terkenal dengan gaya hidup yang elegan dan amat terkenal dengan sukan permotoran.

Dari segi rekaan luaran, model wagon ini menggunakan terus rekaan asal saudaranya, Fabia di bahagian hadapan. Di bahagian belakang pula, pun masih kelihatan sama dengan model hatchback, kecuali pilar yang telah ditarik untuk menjadikannya sebuah wagon. Dan bagi menampilkan ciri – ciri sporty, wagon ini telah menggunakan lip dengan rona warna hitam, bagi menampilkan sedikit perbezaan, disamping diffuser yang turut menggunakan warna hitam.

Tetapi yang paling ketara sudah tentulah penggunaan rim bersaiz 17 inci yang turut dilayangkan dengan warna hitam bagi menampakkan perbezaan yang ketara pada bahagian luaran.

Ruangan kabinnya pula turut mengaplikasikan tona dua warna, hitam dan merah. Nampak sedikit garang. Walau pun kelihatan sporty dan garang, namun ciri mewah tidak dilupakan apabila wagon ini turut dipasang dengan bumbung panorama. Pasang pada wagon barulah sedap sikit nak melayan bintang – bintang di langit menghiasi angkasa tinggi di atas sana seperti mutiara. (Hah, ada yang ikut nada lagu Didi & Friends ke ni??)

Dan bagi menepati sifat sebuah wagon kompak, sudah tentu enjinnya juga harus kompak, setakat 1.0 liter sahaja. Tapi ianya bukanlah sebarangan enjin. Ianya adalah merupakan 1.0 TSI 110PS DSG. Walau pun kecil, tapi jangan cuba disakat. Ada DSG ok!

Buat full loan, £18,435 (RM100,200) dah boleh dapat sebiji. 18ribu duit Pound tak adalah mahal mana sebenarnya kan?

 

Google ads
Back to top button