Motosikal

SHARK HELMETS DEDAH GRAFIK BARU UNTUK TAHUN 2019

Pengeluar topi keledar terkenal dari Perancis, SHARK Helmets baru-baru ini mendedahkan skim warna baharu untuk beberapa produk keluarannya.

Semua topi keledar itu akan berada di pengedar SHARK di United Kingdom mulai bulan ini.

SPARTAN CARBON – PRIONA
Model Spartan Carbon didatangkan dengan rekaan menarik, ciri keselamatan tercanggih dan aerodinamik untuk apa jua kegunaan.

Bagi tahun 2019, SHARK telah menyemak semula bahagian dalaman untuk memberi keselesaan.

Rekaan grafik PRIONA yang moden dan berkilat pada Spartan Carbon kini kelihatan lebih halus mengikut bentuk topi keledar tersebut. Versi dengan warna hijau gelap. Emas dan hitam akan ditawarkan kepada pelanggan tidak lama lagi.

Spartan Carbon dengan grafik PRIONA DQW ditawarkan dalam saiz XS (53/54cm) – XXL (63/64cm) pada harga bermula £389.99 (RM2,117) seunit.

D-SKWAL – KANHJI
SHARK Helmet’s Pulse direka dengan mengambil kira aspek prestasi dan gaya. Dibangun menggunakan teknologi Computational Fluid Dynamics (CFD), D-SKWAL tampil dengan ventilasi dan sistem ‘Autoseal’.

Autoseal berfungsi memberikan kedapan bunyi lebih baik, selain melindungi penunggang daripada air dan sejuk.

SHARK Helmets dijangka memperkenalkan empat rekaan KANHJI yang misteri.

D-SKWAL dengan grafik KANHJI KYA boleh didapato dalam saiz XS (53/54cm) – XL (61/62cm) pada harga £169.99 (RM923) seunit.

SKWAL 2 – OLIVEIRA
SHARK Helmets memang dikenali dalam dunia perlumbaan apabila menaja beberapa orang pelumba bertaraf dunia. Bagi tahun 2019, SHARK akan memperkenalkan grafik replika yang dipakai oleh pelumba Moto2, Miguel Oliveira pada model SKWAL 2.

Satu lagi topi keledar dalam divisyen Pulse, SKWAL 2 dikatakan mempunyai bentuk unik dan sistem lampu LED bersepadu. Penampilannya disempurnakan lagi dengan gabungan warna-warna terang yang menyerlahkan lagi garis aerodinamiknya.

SKWAL 2 dengan grafik OLIVEIRA KBY ditawarkan dalam saiz XS (53/54cm) – XL (61/62cm), pada harga £249.99 (RM1,358) seunit.

Google ads
Back to top button