
SKODA KODIAQ vRS BAHARU TIBA DI UK – MODEL FLAGSHIP YANG LEBIH BERKUASA
Škoda UK bersedia untuk menerima tempahan untuk model terbaharu Skoda Kodiaq vRS baharu yang juga merupakan model flagship bagi model Kodiaq yang cukup sinonim dengan sebuah model berprestasi berbanding model standard keluaran Skoda.
Sesuai dengan kedudukannya sebagai model flagship bagi rangkaian Kodiaq baharu, model dengan lencana vRS ini ddidatangkan dengan senarai ciri spesifikasi yang penuh Didatangkan sebagai standard, lampu utama kini menggunakan Matriks LED, sistem KESSY Advanced dengan fungsi kunci akan dibuka ketika menghampiri dan dikunci apabila pemandu menjauhi kenderaan, sistem bunyi Canton dan but belakang yang boleh dikendalikan secara elektrik dengan menggunakan hayunan kaki secara maya.

Skoda Kodiaq vRS baharu ini akan dikuasakan oleh enjin petrol 2.0 TSI yang menghasilkan 265 PS – peningkatan sebanyak 20 PS berbanding model sebelumnya. Kuasa tork juga sebanyak 400 Nm adalah yang tertinggi daripada mana-mana model pengeluaran Škoda menggunakan enjin pembakaran dalaman dan memberikan fleksibiliti dan prestasi yang luar biasa kepada Kodiaq vRS
Skoda Kodiaq vRS baharu ini mampu memecut dari angka sifar ke 100 km/j hanya dalam masa 6.4 saat sahaja dan mempunyai kelajuan tertinggi 230 km/j. Walaupun prestasinya yang luar biasa, ia mengembalikan 33.8 mpg pada kitaran gabungan WLTP.

Enjin yang cukup berkuasa ini digandingkan bersama transmisi DSG tujuh kelajuan, manakala sistem Dynamic Sound Boost baharu memastikan Kodiaq vRS ini mampu menghasilkan bunyi yang cukup sporty.
Bagi membezakan sedikit dengan model Kodiaq standard, varian vRS ini juga didatangkan dengan kemasan hitam berkilat di gril, pilar D dan juga bingkai untuk tingkap.
Bampar hadapan juga turut direka semula selain daripada menggunakan kemasan berwarna hitam untuk tampil kontra. Seperti semua model Škoda vRS, bahagian belakang mempunyai jalur pemantul yang merentangi keseluruhan lebar kereta. Huruf Škoda juga dipasang pada belakang seperti tipikal kenderaan masa kini.

Roda aloi Elias standard 20 inci dengan kemasan hitam yang digilap, melengkapkan pakej reka bentuk vRS pada bahagian luaran.
Harga untuk Skoda Kodiaq vRS ini dijual pada harga bermula £52,595 (RM 287,897) kira – kira £10,000 lebih mahal berbanding varian asas untuk Kodiaq ini.
BACA : SKODA KODIAQ RS. ORAIT KE TAK SUV JENAMA REPUBLIK CZECH NI SEBENARNYA?
BACA : SKODA KODIAQ GENERASI KEDUA TAMPIL DENGAN IMEJ YANG LEBIH EKSKLUSIF DAN MENAWAN