Buletin

SKODA OCTAVIA RS COMBI - WAGON KELUARGA YANG LAJU & SPORTY

Jenama Skoda ini selain daripada terkenal dengan model Fabia, pengeluar dari Republik Czech ini terkenal dengan model Octavia terutamanya model varian wagon, Octavia Combi. Apa yang jelas, sang pereka berjaya membuatkan perubahan daripada sebuah kereta salon kepada versi wagon yang masih tetap kelihatan cantik dan sporty.

Dan ini adalah merupakan Skoda Octavia Combi RS, sebuah varian wagon yang sememangnya dikenali sebagai model berprestasi tinggi bagi model keluaran Skoda. Bahagian hadapan kelihatan cukup garang dengan rekaan bampar baharu yang diambil terus daripada model salon Octavia RS.

Untuk rekaan bahagian belakang juga masih berilhamkan model saudara kembarnya. Terdapat dua tip ekzos berkembar kiri dan kanan serta tulisan SKODA pada bahagian tengah bagi menggantikan logo Skoda. Oh ya, sistem ekzos yang sporty ini akan menghasilkan bunyi yang lebih enak didengar ketika mod Sport dipilih

Model wagon yang sportu ini juga didatangkan dengan beberapa perincian khas untuk sebuah model yang memakai lencana RS seperti penggunaan warna Gloss Black pada gril hadapan, jerijji tingkap dan juga perumah cermin sisi. Kemasan berwarna hitam ini juga turut diaplikasikan pada apron hadapan untuk lebih kelihatan sporty, pada side skirt dan juga diffuser belakang.

Škoda Octavia RS yang dikemas kini didatangkan secara eksklusif dengan trenkuasa enjin 2.0 TSI yang menghasilkan 195 kW (265 hp), peningkatan sebanyak 15 kW berbanding model sebelumnya. Ia menghasilkan 370 Nm tork yang dipadankan dengan transmisi DSG automatik 7-kelajuan. Bahagian suspensi standard yang sudah cukup sporty itu diturunkan sebanyak 15 milimeter bagi mengelakkan ianya kelihatan jinjang.

Penggunaan rim aloi Comet bersaiz 18 inci menyerlahkan lagi rupa luaran Skoda Octavia RS Combi dengan rim bersaiz 19 inci boleh dipilih sebagai pilihan. Dan tahukah bahawa hanya model dengan lencana RS ini sahaja didatangkan dengan fungsi lampu LED Matrix sebagai standard.

Bahagian dalaman Škoda Octavia RS kebanyakannya dihias dalam warna hitam sebagai kontra kepada warna merah di bahagian luara. Paparan tengah dan sistem navigasi 13-inci disertakan sebagai standard, begitu juga dengan penutup beban di bahagian kargo boleh ditarik balik secara automatik dari dalam wagon ini.

Tempat duduk sporty ala bucket ini menampilkan upholsteri berkualiti yang dikemasi dengan jahitan berwarna merah. Juga terdapat sulaman RS pada bahagian tengah tempat duduk bagi memberitahu bahawa ini adalah model yang bukan biasa – biasa.

Dan tempat duduk ini juga dilengkapi dengan ciri pelarasan elektrik dan juga fungsi memori bagi memudahkan tetapan tempat duduk diubah dengan segera.

Kalau mengikut harga untuk model sebelumnya, ianya dijual pada harga sekitar EUR 49,485 (RM253321). Jadi, mungkin harga untuk versi baharu ini akan berada pada sekitar harga asalnya juga. Amacam?

BACA : SKODA OCTAVIA SCOUT BAHARU 2021 – ORAIT JUGA WAGON KELUARGA NI KAN?

BACA : ŠKODA OCTAVIA vRS 2020, WAGON ATAU SEDAN?

Google ads

B K

Back to top button