Buletin

KINETA BAWA INOVASI KE HADAPAN DENGAN PENJENAMAAN SEMULA DAN LOGO BAHARU

KINETA, anak syarikat milik penuh Sime Darby Berhad, peneraju dalam penyelesaian pengecasan EV di Malaysia baru-baru ini memperkenalkan logo baharu sebagai sebahagian daripada strategi penjenamaan semula yang komprehensif.

Menurutnya, logo dikemas kini mencerminkan evolusi syarikat, komitmen terhadap inovasi, dan dedikasi untuk menyediakan identiti visual bagi mempertingkatkan interaksi dengan pelanggan mereka.

Inspirasi untuk logo baru ini diambil daripada makna ‘KINETA’ sendiri – bermaksud penuh bertenaga, menggambarkan Pergerakan, Kuasa, dan etos Bertenaga syarikat dengan cara kreatif.

Tambahnya lagi, logo ini adalah satu gambaran visual terhadap komitmen KINETA untuk menyediakan pengalaman pelanggan terbaik selain, memaparkan estetik moden, bersesuaian dengan visi mereka untuk masa hadapan.

Penjenamaan semula ini bukan sekadar transformasi visual, tetapi ia juga menandakan komitmen KINETA terhadap pendekatan berpusatkan pelanggan.

Syarikat memberi tumpuan kepada pembinaan hubungan dengan pelanggan mereka, dengan memahami keperluan mereka, menyediakan perkhidmatan luar biasa, serta menyampaikan penyelesaian inovatif.

Pengarah Urusan KINETA, Sunny Lee berkata, “Penjenamaan semula ini adalah tepat pada masanya apabila kami melangkah ke pasaran baharu dan mengembangkan operasi kami.”

“KINETA akan terus berdaya tahan dengan komitmen kami untuk menyampaikan penyelesaian pengecasan yang canggih dan mampan.”

Slogan baru mereka, ‘Charge Your Car’ adalah refleksi intipati visi dan misi KINETA secara ringkas.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai inisiatif penjenamaan semula KINETA, lawati platform media sosial dan laman web di https://www.kinetacharge.com.

Google ads
"
"
Back to top button