Buletin

PROMOSI HARI RAYA MICHELIN MALAYSIA TAWAR GANJARAN MENARIK – BERLANGSUNG 11 MAC HINGGA 12 MEI 2024

Sempena hari raya yang bakal menjelang tiba, Michelin Malaysia baru-baru ini mengumumkan Promosi Hari Raya 2024.

Michelin Malaysia mempelawa para pelanggan untuk meraikan musim lebaran ini dengan ganjaran yang menarik, sekali gus dapat menaik taraf pengalaman memandu mereka.

Pelanggan yang membeli minimum dua hingga empat unit model tayar Kereta Penumpang, SUV, atau Trak Ringan Komersial MICHELIN dengan saiz 15-inci dan ke atas akan menerima Pulangan Tunai e-Dompet (GrabFood E-code atau PIN Tambah Nilai Touch ‘n Go) sehingga RM50 bagi setiap tayar, tertakluk kepada ketersediaan.

Promosi ini akan berlangsung dari 11 Mac hingga 12 Mei 2024, jadi jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati ganjaran disediakan.

Pelanggan boleh membeli tayar Michelin ini di mana-mana outlet TYREPLUS dan MICHELIN yang disediakan di seluruh Malaysia.

Hantar penyertaan anda dengan melayari https://promo.michelin.com.my/promotions/hari-raya-2024 untuk mengisi butiran berserta bukti pembelian.

Untuk maklumat lanjut mengenai Promosi Hari Raya 2024 oleh Michelin Malaysia, sila layari Laman Sesawang Rasmi Michelin: https://www.michelin.com.my/auto/promotions.

Google ads
Back to top button