Buletin

SKODA OCTAVIA SCOUT BAHARU 2021 – ORAIT JUGA WAGON KELUARGA NI KAN?

Skoda Octavia ini sememangnya merupakan antara model yang penting buat pengeluar dari Republik Czech. Genarasi pertamanya mula menemui pembeli pada tahun 1996. (Sebenarnya model pertama yang menggunakan plat nama Octavia ini mula digunapakai seawal tahun 1959). Kini jenama Octavia telah pun mempunyai generasi keempat (Mk4 yang mula diperkenalkan pada tahun lalu namun pemilik pertamanya masih lagi menunggu kereta yang telah ditempah dek penangan Covid-19.

Dan menggunakan pelantar yang sama, versi Wagon turut diperkenalkan terhadap model ini, Skoda Octavia Scout. Jikalau ada yang bertanya mengapakah Skoda tidak lagi menggunapakai plat nama Combi untuk model Wagon seperti kelaziman sebelum ini, maka inilah jawapan dia sebenarnya.

Jikalau dilihat secara teliti, sebenarnya terdapat sedikit perbezaan dari segi ketinggian berbanding model biasa. Skoda Octavia Scout ini sebenarnya mempunyai kelegaan permukaan tanah sehingga 15 mm serta mempunyai pelindung di bahagian bawah badan kenderaan. Tidak lupa juga penggunaan body cladding bagi membezakan penampilan. Makanya, Wagon yang kelihatan sedikit rugged ini sebenarnya sesuai untuk dibawa ke pusat membeli – belah atau pun bersama ahli keluarga untuk menempuh laluan yang sedikit berliku di permukaan yang berpasir dan tidak rata misalannya.

Menggerakkan Wagon rugged yang bersaiz sederhana ini, beberapa pilihan enjin turut ditawarkan kepada bakal pembeli. Inginkan yang lebih berkuasa, boleh sahaja memilih enjin generasi baharu 2.0 TDI EVO yang mampu menghasilkan kuasa 147 kW (200 PS). Malah enjin ini berupaya untuk menarik trailer di bekalang yang mempunyai berat sehingga 2,000 kg.

Pilihan enjin 2,0 liter TDI dengan kuasa 140 kW (190 PS) turut ditawarkan kepada pembeli selain daripada enjin e-TEC 1.5 TSI yang turut hadir dengan sistem teknologi hibrid sederhana.

Untuk ruangan kabin, model ini menampilkan rekaan yang agak minimalis tapi masih kelihatan elegan. Stereng pun jenis dua jari sahaja. Tapi masih kelihatan moden. Manakala untuk sistem infohiburan, skrin bersaiz 10 inci digunakan. Mungkin sikit hari lagi ada yang mula pakai skrin 14 inci pula.

Manakala tempat duduknya yang turut dilengkapi dengan ThermoFlux serta dibaluti upholsteri kulit mewah berserta dengan stereng dan juga perehat tangan.

Sebenarnya rekaan Wagon dengan penampilan rugged sebegini bakal menjadi trend. Tidaklah bosan sangat melihatkan tipikal sebuah Wagon. Sudah tentu faktor keluasan ruangan kargo yang luas menjadi taruhan utama untuk memikat pembeli. Dan Skoda Octavia Scout ini dijangka bakal berada di pasaran pada tahun 2021.

BACA : SKODA FABIA COMBI MONTER CARLO 2019 – WAGON KOMPAK ELEGAN

BACA : SKODA SUPERB SCOUT BAHARU – WAGON KE CROSSOVER NI?

Google ads

B K

Back to top button