Buletin

SKODA SEKALI LAGI TAMPIL SEBAGAI PENAJA UTAMA UNTUK TOUR DE FRANCE 2025 UNTUK KALI KE 22 BAGI MERAIKAN ULANG TAHUN KE 130 MEREKA

Perlumbaan lumba basikal ulung di dunia, Tour de France akan memulakan aksi minggu ini dengan memasuki edisi ke 112 dengan jenama Skoda Auto sekali lagi akan turut tampil selaku rakan penaja utama untuk siri perlumbaan tersebut.

Untuk itu, Skoda Auto akan menyediakan sejumlah 225 unit kenderaan sokongan kepada penganjur dengan kesemua model tersebut adalah merupakan model elektrik sepenuhnya dan juga model plug-in hybrid. Dan daripada sejumlah itu, akan terdapat dua buah model istimewa sebagai Red Car meliputi model Skoda Enyaq dan juga Superb iV yang baru untuk kegunaan Pengarah Perlumbaan Christian Prudhommev.

Untuk rekod, Skoda juga sebenarnya merupakan penaja yang cukup lama untuk pemenang Jersi Hijau bagi pendahulu pungutan mata serta turut menaja untuk trofi bagi pemenang keseluruhan, pendahulu pungutan mata, pendahulu pendaki bukit, dan juga penunggang muda terbaik.

Edisi Tour de France ke 112 kali ini akan menyaksikan sejumlah 184 pelumba basikal akan mengambil bahagian membabitkan 23 pasukan bersaing meliputi 21 peringkat perlumbaan dengan jumlah jarak keseluruhan 3,339 km. Ianya akan menyaksikan lokasi Champs-Élysées Paris akan menjadi lokasi penamat untuk perlumbaan basikal yang ikonik ini.

Menurut Martin Jahn selaku Lembaga Pengarah untuk Jualan dan Pemasaran Skoda Auto berkata “Škoda Auto berbangga untuk menandakan 22 tahun sebagai rakan utama Tour de France. Ketika kami menyambut ulang tahun ke-130 Škoda Auto, komitmen kami terhadap berbasikal adalah lebih kuat daripada sebelumnya. Kami berharap untuk menjadi sebahagian daripada salah satu acara sukan yang paling ditonton di planet ini, menyediakan rangkaian moden kenderaan elektrik dan plug-in hybrid untuk menyokong perlumbaan yang menarik ini. Škoda menyertai berjuta-juta peminat di sepanjang laluan dan hampir tiga bilion penonton TV untuk menyaksikan persembahan luar biasa para pelumba. Dan kami teruja untuk berhubung dengan peminat ini melalui platform WeLoveCycling kami dan berkongsi keghairahan perlumbaan bersama-sama.”

Selain daripada rangkaian model moden Skoda yang akan hadir sebagai kenderaan sokongan, para peminat juga boleh menyaksikan sendiri depan untuk melihat model konsep Škoda L&K 130 yang dihasilkan oleh para pelajar daripada Škoda Auto Secondary Vocational School of Engineering.

BACA : SKODA LK 130 CONCEPT – KHAS UNTUK PASUKAN BASIKAL LUMBA

BACA : ALKISAH RED CAR SKODA DAN TOUR DE FRANCE

Google ads

B K

Back to top button