" "
Buletin

CADILLAC LYRIC KINI TAMPIL DENGAN LENCANA V-SERIES. MODEL EV YANG LEBIH BERKUASA

Cadillac telah menambah ahli keluarga V-Series terbaharu, varian berprestasi tingginya dengan Cadillac LYRIQ-V 2026. Ini merupakan kenderaan V-Series elektrik yang pertama, Lyriq-V memberikan prestasi istimewa yang digabungkan dengan ketukangan dan juga teknologi.

Untuk yang tidak tahu, V-Series ini merupakan varian berprestasi tinggi yang dihasilkan oleh Cadillac bagi menyaingi BMW M dan juga Mercedes-AMG dan telah mula digunakan untuk model pertama Cadillac CTS-V pada tahun 2004.

Dan penghasilkan V-Series pertama untuk model elektrik mereka mencerminkan semangat Cadillac tanpa henti terhadap kecemerlangan kejuruteraan melalui kenderaan perlumbaan sebelum ini. Pengenalan model Cadillac Lyric-V melonjakkan lagi prestasi ke tahap baharu dengan pengalaman pemanduan yang berkuasa serta dilengkapi dengan teknologi tinggi khusus untuk pelanggan.

Standard Continuous Damping Control yang telah dipasang dan ditentukan khusus untuk Lyric-V ini digabungkan dengan sistem suspensi berbilang pautan telah direndahkan dan nisbah stereng yang lebih pantas akan memberikan pemanduan dan pengendalian yang lebih jitu.

Cadillac Lyric-V ini dilengkapi dengan pacuan semua roda motor dwi secara standard dan dianggarkan mampu menghasilkan kuasa sekitar 615 HP dan tork 650 lb-ft (880 Nm). Pemandu juga boleh memilih Launch Control ketika mahu memecut ketika lampu isyarat bertukar hijau di laluan lurus dengan memilih Velocity Max dan hasilnya kenderaan ini mampu memecut ke angka 100 km/j dalam hanya 3.3 saat sahaja.

Manakala tetapa Competitive Mode pula membolehkan Cadillac Lyric-V ini menyesuaikan kawalan traksi yang direka khusus untuk meningkatkan ketangkasan kenderaan.

Apalah ertinya sebuah kelajuan tanpa kemampuan brek yang handal. Maka angkup brek dari Brembo telah digunakan untuk membolehkan kenderaan yang laju ini berhenti tepat pada masanya.

Pada bahagian luaran Lyric-V ini barangkali tidak jauh beza dengan varian standard cuma terdapat beberapa kemasan untuk memberikan sedikit perbezaan seperti fascia hadapan bawah dan rocker sisi yang unik, trim bawah berwarna badan dan aksen gentian karbon.

Rim bersaiz 22 inci telah dipilih berwarna gelap dengan terdapat logo V-Series terukir padanya.

Bahagian kabin menampilkan ciri yang mewah dengan pemadanan bumbung kaca panorama, sistem audio AKG Studio dengan 23 pembesar suara lengkap dengan Dolby Atmos serta paparan skrin bersaiz 33 inci yang canggih..

BACA : CADILLAC ESCALADE IQ – APABILA SUV LEJEN AMERIKA DI-ELEKTRIK-KAN

BACA : CADILLAC SOLLEI CONCEPT – CONVERTIBLE ELEKTRIK DENGAN GAYA MEWAH

Google ads

B K

Back to top button