
SKS AIRWAYS PAMER EMBRAER E195-E2, BAKAL BEROPERASI MAC 2024
Selepas mengumumkan tentang perolehan 10 pesawat Embraer E-195-E2 pada Mei lalu, SKS Airways baru-baru ini mempamerkan armada tersebut kepada media, termasuk penerbangan demonstrasi di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang).
Untuk makluman, armada Embraer E195-E2 bakal memulakan operasi pada tahun hadapan bagi menawarkan kemudahan serta keselesaan kepada penumpang di dalam rantau ini.
Ketua Pegawai Eksekutif SKS Airways, Dzuleira Abu Bakar berkata, “Kami teruja ketibaan E195-E2 ‘TechLion’ di Lapangan Terbang Subang. Kami juga dapat menunjukkan ciri dan kemajuan luar biasa dalam E195-E2.”

Melalui pengalaman semasa demonstrasi, ‘TechLion’ menawarkan tempat duduk, ruang kaki yang luas, kabin lebih besar serta pilihan tempat duduk premium.
SKS’ E195-E2 dikonfigurasikan dalam susun atur dua kelas dan kesenyapan luar biasa E195-E2 sepanjang fasa penerbangan meningkatkan keselesaan penumpang.
Sebagai pesawat paling senyap terdapat di pasaran, reka bentuk inovatif dan dipadankan bersama teknologi terkini, ia menunjukkan komitmen SKS Airways untuk menawarkan pengalaman perjalanan lebih baik.
Selain itu, pesawat E195-E2 menonjol sebagai pesawat paling cekap di dunia dengan bahan api dan pelepasan bunyi yang lebih rendah.
E195-E2 direka bentuk untuk serasi dengan bahan api penerbangan mampan (SAF) dan ia berupaya mengurangkan pelepasan karbon selain, menyumbang kepada penambahbaikan dalam kualiti udara.
SKS Airways bersedia untuk memulakan penerbangan komersil mulai Mac 2024, dengan visi untuk menetapkan standard baharu penerbangan di setiap aspek.
- BACA: 11 KONSESI LEBUH RAYA LAKSANA SPT HARI INI – SENANG BOLEH GUNA KAD DEBIT, KREDIT
- BACA: PT TDI JALIN KERJASAMA DENGAN ATRONIQ BERHAD – SASAR PENGELUARAN 10,000 UNIT MOTOSIKAL ELEKTRIK SETAHUN
- BACA: TAK BAYAR CENDOL, SEKUMPULAN PENUNGGANG MOTOSIKAL KEJAR KERETA DI MRR2
- BACA: SMART BALAKONG DAN SMART IPOH SEDIA SESI PANDU UJI SMART #1 HUJUNG MINGGU INI

