
MFORCE LANCAR WMOTO RT2 2024 – 23HP, 22.5NM
MForce Bike Holdings Sdn Bhd dengan rasminya memperkenalkan skuter maxi 250cc terbaru menerusi WMOTO RT2 2024 yang dijual pada harga jualan rasmi RM16,888.

Skuter berkenaan merupakn skuter maxi kedua selepas RT3 namun hadir dengan elemen ‘adventure’ dan tampil lebih lasak.
Untuk rekod, WMOTO RT2 ini dikuasakan enjin 246.9cc yang sama terdapat pada RT3 dan menawarkan 23hp pada 7,500rpm dan 22.5Nm pada 6,000rpm.

Selain itu, RT2 dilengkapi penghadang angin boleh laras selain dilengkapi kamera papan pemuka di depan dan belakang yang berfungsi merakam perjalanan.


RT2 ini juga dipadankan bersama fork jenis teleksopik di bahagian depan sementara bahagian belakang pula merangkumi penyerap hentak berkembar.
Menariknya, aspek kemudahan juga dipertingkat dengan adanya dua port pengecas USB – satu terletak di ruang simpan depan dan keduanya di bawah tempat duduk.

Antara ciri lain ditawarkan termasuk pencahayaan LED penuh, butang dengan nyalaan ‘backlit’, sistem smart key (keyless) dengan fungsi Alarm Key Findings dan ABS.
Sebagai pelengkap, WMOTO RT2 turut dilengkapi dengan panel meter TFT yang dilengkapi fungsi TPMS (tyre pressure monitoring system).
GALERI:






















