Artikel Pilihan

TESLA MODEL 3 HIGHLAND, DIHARAMKAN UNTUK SEKOLAH MEMANDU NORWAY

Beberapa institusi sekolah memandu di Norway yang sememangnya terkenal dengan penggunaan kereta elektrik di EU telah memutuskan untuk menghentikan penggunaan Tesla Model 3 Highland sebagai kereta pembelajaran disebebkan satu isu, tiada tuil untuk menukar menggunakan lampu isyarat membelok

Sekolah memandu ini mendapati penggunaan suis untuk menggunakan lampu isyarat membelok adalah mendatangkan mudarat kepada pelajar dan juga tenaga pengajar mereka. Tesla telah menukar tuil lampu isyarat membelok kepada suis yang berada di roda stering pada model S dan X dan akhirnya turut digunakan pada model 3 Highland

Rekaan sebegini adalah sebahagian daripada rekaan minimalis Tesla namun pada masa yang sama menimbulkan perdebatan di kalangan pengguna yang sudah terbiasa dengan penggunaan tuil yang konvensional

Malah demi mengejar impian Tesla yang mahukan kereta mereka menggunakan teknologi swapandu, Tesla secara perlahan-lahan menghapuskan terus ciri butang fizikal, tuil gear serta menggunakan roda stering kecil dikenali sebagai Yoke dan akhirnya menghapuskan tuil lampu signal

Salah seorang pengusaha sekolah memandu iaitu Jåhn Hansen Øyen melaporkan tenaga pengajar sekolahnya serta pelajar mengadu berkenaan dengan kesusahan mereka untuk menggunakan suis isyarat membelok pada Tesla Model 3 terutama ketika memberi isyarat membelok di bulatan atau roundabout.

Butang tersebut sukar untuk dicapai dalam sesetengah keadaan berbanding dengan menggunakan tuil, malah Jåhn Hansen Øyen menegaskan agak sukar untuk menggunakan lampu isyarat membelok sewaktu memandu

“Saya hilang fokus dan arah pemanduan di bulatan disebabkan penggunaan suis ini” Jåhn Hansen Øyen. Malah beliau menegaskan isu ini akan bertambah serius di kalangan pelajara yang baru belajar memandu dan kurang pengalaman memandu di jalan raya serta memutuskan Tesla Model 3 Highland tidak lagi akan digunakan sebagai alat bantu mengajar memandu.

Google ads
Back to top button