Buletin

TOYOTA AUSTRALIA LANCAR CH-R PADA Q1 2017!

Toyota Australia baru-baru ini mengesahkan bahawa ia akan menawarkan SUV kompak C-HR pada suku pertama tahun depan.

Toyota-C-HR-Australia-Q1-2017-mekanika (5)

Model yang sudah lama ditunggu-tunggu itu sememangnya mendapat perhatian ramai kerana reka bentuk luaran dan dalamannya yang futuristik. Lebih menarik lagi, ia dikatakan bakal dijana oleh unit enjin turbo bersesaran 1.2 liter berkuasa 85kW dan tork 185Nm yang dipadankan bersama kotak gear manual enam kelajuan atau CVT.

Pengguna di Australia juga dilaporkan boleh memilih sama ada mahukan pacuan roda hadapan atau semua roda.

Toyota-C-HR-Australia-Q1-2017-mekanika (1)

Jentera itu didakwa akan ditawarkan pada harga lebih tinggi iaitu sekitar $25,000 (RM77,200) berbanding SUV sekelasnya seperti Mazda CX-3 yang harganya bermula $19,990 (RM61,700) seunit. Di sana, C-HR akan bersaing secara langsung dengan model Honda HR-V, Mitsubishi ASX, Nissan Juke, Fiat 500X dan Jeep Renegade.

“C-HR ialah kereta untuk mereka yang mahukan keistimewaan. Ia menawarkan dinamik, inovasi dan tarikan emosi yang tidak dapat diberikan oleh SUV tradisonal. Jentera ini dibina di atas platform baharu dan menggunakan enjin pengecas turbo untuk memberikan pengalaman pemanduan yang mengujakan,” kata Pengarah Eksekutif Jualan dan Pemasaran Toyota Australia, Tony Cramb.

Toyota-C-HR-Australia-Q1-2017-mekanika (7)

C-HR akan ditawarkan dalam dua varian iaitu Active dan Koba yang merupakan tribut kepada ketua jurutera globalnya, Hiroyuki Koba. Selari dengan inovasi C-HR, para pengedar Toyota di Australia menawarkan teknologi bilik pameran lebih canggih untuk menyerlahkan lapan warna luaran C-HR, terutamanya warna barunya, hijau.

SUV ini menampilkan ciri-ciri keselamatan termaju seperti sistem pra-pelanggaran dengan brek berautonomi, kawalan jelajah adaptif, lane departure alert, kawalan stereng, lampu tinggi automatik, kamera undur dan banyak lagi.

Toyota-C-HR-Australia-Q1-2017-mekanika (6)

Pada bahagian kabin pula, papan pemukanya dipasang dengan skrin sentuh bersaiz 6.1 inci. Di samping suis berbentuk mutiara, kemasan hitam berkualiti tinggi dan iluminasi lampu berwarna biru.

Untuk varian Koba, ia dilengkapi ciri-ciri tambahan seperti tempat duduk dengan pemanas, sistem kemasukan pintar, butang penghidup enjin, kaca privasi dan rim aloi bersaiz 18 inci.

Toyota-C-HR-Australia-Q1-2017-mekanika (2)

Masih menjadi tanya sama UMW Toyota Motors akan membawa masuk model ini atau sebaliknya. Kalau jadi bawa masuk atau dipasang tempatan, harap-harap jangan lah premium sangat harganya.

Google ads
Back to top button