
SKUTER UNIK BEL & BEL
Apa akan jadi jika anda menggabungkan rekaan skuter retro Vespa dengan alat pengangkutan mobiliti Segway?
Inilah hasilnya! Dibina ole syarikat Bel & Bel, jentera ini dikenali sebagai Zero-Scooter. Bel & Bel tidak berlindung bahawa Zero-Scooter memang mengambil inspirasi Vespa yang direka oleh Corradino D’Ascanio pada tahun 1946.
Bahagian apron hadapan itu merupakan tribute kepada Vespa dan tidak mempunyai fungsi dari segi reka bentuknya.
Skuter autobalance seberat 25kg itu digerakkan oleh dua unit motor elektrik berkuasa 1,350W yang dibekalkan oleh satu pek bateri berkapasiti 55V 450W. Ia mampu mencapai kelajuan sehingga 20km/j dan boleh mendaki laluan dengan kecuraman 20 darjah.
Sekali caj penuh membolehkannya bergerak sejauh 25 hingga 30km, bergantung kepada penggunaan. Oh ya, berat badan penggunanya tidak boleh melebihi 100kg.
Lebih menarik lagi, pembeli boleh berinteraksi dengan Zero-Scooter melalui telefon pintar Apple atau Android. Dari segi elektronik dan mekanikal pula, Bel & Bel menggunakan khidmat Mi NineBot.
Harganya? Tidak murah. Di pasaran Eropah, Zero-Scooter ditawarkan pada harga 5,950 pounds (RM34,000) seunit!












