
RASMI: VESPA OFFICINA 8 LANCAR DI MALAYSIA – DARI RM22,000
Sempena meraikan pembukaan Casa Della Vespa (House of Vespa) di Pulau Pinang, Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia telah melancarkan Vespa Officina 8 untuk pasaran tempatan.
Vespa Officina 8 hadir menerusi dua model, GTV 300 dan Primaver 150 masing-masing ditawarkan dengan harga RM37,900 dan RM22,000.

Atas kertas, Officina 8 merupakan jabatan yang melahirkan segala idea awal Vespa termasuk pembangunan Vespa yang pertama sekitara era 40-an.
Untuk itu, Vespa Officina 8 menampilkan beberapa elemen ikonik termasuk penggunaan warna Blu Officina 8 yang menggabungkan warna biru industri (industrial blue) dengan kemasan matte metallic istimewa.

Selain itu, beberapa panel badan turut menampilkan logo Officina 8 yang diilhamkan dari pin yang dipakai pekerja di Experimental Department Vespa.

Setiap pembelian Vespa Officina 8 turut disertakan dengan ‘welcome kit’ istimewa yang merangkumi buku manual dan dokumen arkib Vespa yang menceritakan sejarah jenama itu termasuk Experimental Department.
GALERI: VESPA OFFICINA 8














