Buletin

INI HYUNDAI i10 UK, KENAPA MASIH BELUM DIJUAL MALAYSIA?

Hyundai i10 mempunyai sejarah yang panjang di negara kita. Generasi pertama dikenali sebagai Inokom Atos yang kemudiannya dilancarkan sebagai Atos Prima pada tahun 2005.

Pada Ogos 2008, Hyundai Sime-Darby Motor memperkenalkan Atos yang dikenali dengan nama baharu i10 generasi pertama ke pasaran tempatan.

i10 adalah model global Hyundai dan tahun-tahun selepas pelancaran HSDM aktif menawarkan model facelift dan varian istimewa untuk pengguna tempatan.

Setelah lama di pasaran i10 untuk pasaran tempatan masih tidak berganti, model generasi kedua untuk pasaran global sebenarnya telah pun dilancarkan sejak tahun 2013 lagi.

Ini menimbulkan satu persoalan kerana i10 dipasarkan di beberapa negara jiran seperti Indonesia dan Filipina.

Keputusan ini berbeza dengan Naza-Kia yang sentiasa konsisten memasarkan Picanto sejak dari dahulu lagi walaupun berada di dalam segmen sengit yang dihuni oleh Perodua.

Di United Kingdom, Hyundai masih giat dalam memperbaharui tawarannya. Hyundai Motor UK baru sahaja mengumumkan pengenalan i10 PLAY special edition.

Di UK, i10 berada dalam kategori kereta murah dengan harga permulaan versi PLAY se daripada GBP 11,195 (RM 60,084) sahaja.

Varian istimewa ini didatangkan dengan logo khas PLAY, roda aloi 15 inci, cermin belakang privasi, cermin sisi hitam kilat, skrin sentuh tujuh inci dengan navigasi dan sambungan Apple CarPlay™ dan Android Auto™.

Selain harga yang rendah, i10 dibekalkan dengan enjin ekonomikal 1.0 MPI berkuasa 67 ps dengan transmisi lima kelajuan manual.

Dari segi keselamatan walaupun berada dalam kategori kereta murah, Hyundai Motor UK memberi penekanan penting dengan pelbagai ciri seperti enam beg udara, ABS, BA, ESP dan VSM (Vehicle Stability Management).

Terdapat lima warna i10 PLAY iaitu Tomato Red, Polar White, Champion Blue, Stardust Grey dan Clean Slate.

Hyundai i10 berwarna merah jahbu dilancarkan pada tahun 2013.

Selain itu khidmat lepas jualan turut cemerlang dengan waranti lima tahun tanpa had perbatuan, pakej bantuan kerosakan tepi jalan, lima tahun pemeriksaan tahunan dan 12 tahun waranti anti karat.

Terasa bersemangat membaca pakej jualan serta harga untuk pengguna di UK.

Setelah tahun keenam berada di pasaran adalah mustahil untuk i10 ini ditawarkan di negara kita. Mungkin pengguna tempatan perlu menunggu i10 generasi ketiga.

Untuk makluman Hyundai sedang giat menguji i10 generasi ketiga dan khabarnya model baharu itu akan dilancarkan di pasaran antarabangsa pada tahun ini.

Adakah HSDM mahu menawarkan i10 generasi ketiga di pasaran tempatan kelak? Kita tunggu.

*1 GBP = RM 5.367

Tags
Google ads
Back to top button