Buletin

SRCUT.MY BUAT PENIAGA KERETA RECOND TAK SENANG DUDUK!

Seperti dalam beberapa artikel yang kami siarkan sebelum ini, kehadiran laman web scrut.my telah “menggemparkan” keseluruhan industri kereta import terpakai. Buat pertama kalinya dalam sejarah, penjual terpaksa berdepan dengan realiti pengguna yang kini sudah boleh memeriksa rekod kereta yang dijual.

Bukan itu sahaja, kereta-kereta yang sudah dibeli juga boleh diperiksa akan kesahihannya. scrut.my telah menyebabkan pengedar kereta import terpakai yang tidak jujur panas punggung.

Di laman facebook scrut.my, satu persatu penipuan didedahkan. Namun kebanyakannya tidak arif tentang tindakan yang boleh mereka ambil sebagai pengguna.

Semalam, selepas menyiarkan kisah “lebai kereta recond menunggang agama“, kami dihubungi scrut.my sekali lagi untuk memberi tunjuk ajar kepada pengguna yang ingin mengambil langkah seterusnya sekiranya merasakan mereka diperdaya.

Berikut adalah catatan terbaru mereka.

………………………………………………………..

“BANG, SEDIH NI DAPAT KERETA R, BUKAN R BIASA-BIASA, TAPI R MACAM NI! (rujuk foto di bawah)

“APA NAK BUAT BANG?”

Aduh, sedihnya.. Malangnya.. Ini bukan R – Repaired dah, ini R – Rabak!!!

Hari ini seorang peguam berpengalaman telah menghantar email kepada kami. Memberi sokongan kepada kami dan cadangan kepada para pengguna. Agak panjang, tapi sangat bermanfaat.

Tajuk : Peranan Scrut dalam memastikan tuntutan hak penguna kereta rekon terjamin!

Berdasarkan pengetahuan umum dengan merujuk kepada halaman Facebook Scrut, Scrut merupakan laman web internet berbayar yang membantu pengguna kereta rekon demi memastikan atau mengesahkan kondisi dan / atau keadaan sebenar secara menyeluruh bagi kereta rekon yang dibeli adalah konsisten sepertimana yang direpresentasi dan / atau dipromosikan oleh pihak Syarikat Jualan Kereta.

Perlu jelas bahawa adalah tanggungjawab pihak promoter syarikat untuk mempromosikan kenderaan yang dijual sebaik mungkin sepertimana yang dimaklumkan oleh pemilik syarikat demi meyakinkan pihak pembeli / pengguna bahawa kereta tersebut adalah kereta impian yang terbaik untuk dibeli (best buy).

Mungkin ada sesetengah pihak yang berasa yakin dengan hanya bergantung kepada representasi yang diberikan oleh promoter tesebut dan ada juga mengambil inisiatif untuk memanggil rakan yang arif berkenaan dengan kereta rekon untuk memberi pandangan berkenaan dengan kereta yang dibeli sebelum membuat keputusan namun perlu jelas bahawa kesemua perkara di atas tidak boleh membantu untuk dibuktikan dalam membuat tuntutan di Mahkamah / Tribunal.

Saya mengklasifikasikan kepentingan carian Scrut sebagai carian seperti carian-carian rasmi yang lain seperti carian tanah, carian bankrupsi atau carian syarikat memandangkan ianya rekod infomasi yang diperoleh secara terus dengan pihak data provider yang dipercayai dari Jepun demi mengesahkan ketepatan infomasi yang diberikan oleh pihak promosi Syarikat Jualan Kereta sebelum keputusan pembelian dibuat.

Adalah menjadi kewajipan bagi pihak-pihak di Malaysia untuk membuat carian tanah sebelum membeli hartanah, membuat carian bankrupsi atau syarikat sebelum memasuki mana-mana perjanjian atau membuat carian JPJ sebelum membeli kenderaan di Malaysia dan dalam istilah undang-undang ianya dikenali sebagai “Due Diligence” dan pihak yang menuntut akan dikira cuai sekiranya gagal untuk membuat demikian.

Pembelaan yang sama akan digunapakai kelak oleh pihak peguamcara bagi pihak Syarikat sekiranya tuntutan dibuat oleh pihak pembeli kerana gagal untuk membuat carian Scrut dengan lebih awal sekiranya mendapati kereta yang dibeli rosak.

Saya menegaskan bahawa sekiranya terdapat penipuan ketika pembelian atau selepas pembelian dibuat, pihak pembeli mempunyai hak untuk mengambil tindakan yang seterusnya untuk samada memutuskan menamatkan perjanjian jual beli dan menuntut wang yang dibayar (sekiranya pembayaran dibuat) atau memutuskan untuk meneruskan jual beli tersebut tetapi berunding untuk membayar ganti rugi di atas kekhilafan Promoter yang terdapat pada kenderaan tersebut selepas mengesahkan bahawa kenderaan tersebut adalah di bawah nilai (under value) yang sebenar.

Oleh demikian kami berpendapat bahawa alternatif pihak pembeli dalam mengambil tindakan adalah seperti berikut:

1. Berjumpa dengan pihak promoter atau pengurus syarikat dalam menjelaskan dan / atau membangkitkan ketidakpuas hati pembeli akan representasi salah yang dibuat oleh pihak wakil syarikat.

Oleh demikian, pihak Pembeli dinasihati untuk membuat carian Scrut pada kadar yang segera dan bukan hanya selepas mendapati bahawa terdapat masalah pada kereta rekon yang dibeli kerena di bawah legal maxim “The law helps the vigilant, before those who sleep on their rights”.

2. Sekiranya pihak Syarikat berkenaan enggan untuk memberi kerjasama dengan pihak pembeli pihak pembeli dinasihatkan untuk menghantar surat amaran ke atas syarikat tersebut sebelum mengambil tindakan undang-undang.

Saya mencadangkan supaya pihak pembeli melantik peguam untuk menghantar surat tuntutan ke atas pihak syarikat dalam memberi tekanan dan impak yang serius dalam menuntut ganti rugi yang ingin dituntut ke atas syarikat berkenaan.

Nasihat peguam amatlah penting dalam memberi nasihat berkenaan dengan amaun yang ingin dituntut yang mana haruslah munasabah dan hendaklah berdasarkan nilai pasaran kondisi kereta yang serupa dengan kondisi dan / atau keadaan sebenar kereta rekon tersebut.

Kepentingan surat tuntutan dan / atau surat amaran daripada pihak pembeli atau pihak peguam adalah penting sebagai dokumen-dokumen sokongan yang dilampirkan bersama dengan carian Scrut yang mana adalah afterthought bagi pihak pembeli untuk membangkitkan isu ini hanya selepas pemfailan di buat di Mahkamah tanpa sebarang dokumen sokongan dilampirkan.

Pihak syarikat hanya akan membuat penafian mulut sekiranya pihak pembeli hanya berjumpa dengan pihak syarikat tanpa sebarang dokumen sokongan untuk menyokong tuntutan pembeli.

3. Sekiranya pihak syarikat masih berdegil, pembeli dinasihatkan untuk membuat laporan polis di atas laporan penipuan ke atas syarikat yang mana jelas bahawa sekiranya pihak syarikat enggan untuk memberi kerjasama untuk berbincang sekaligus membuktikan bahawa pihak syarikat dengan niat jahat menipu pihak pembeli.

Konsisten dengan legal maxim of “Suppressio Veri or Suggestio Falsi” iaitu Menyembunyikan kebenaran atau penyataan kepalsuan.

Deraf laporan polis tersebut haruslah dideraf dengan nasihat peguam kerana kebanyakkan repot polis yang dilaporkan, berpaksikan kepada kenyataan dalam laporan polis yang dideraf oleh pengadu, pihak polis tidak boleh membuka fail siasatan kerana pihak pengadu gagal melaporkan sebarang eleman jenayah sehingga menyebabkan kertas siasatan tidak boleh dibuka dan menyebabkan pegawai penyiasat memutuskan untuk laporan polis tersebut menjadi “Refer to Magistrate” dan menyebabkan ianya menjadi kes sivil dan kertas siasatan terpaksa ditutup.

Surat Tuntutan Kedua boleh dihantar bersama dengan laporan polis tersebut untuk memberi tekanan yang lebih kepada pihak Syarikat.

4. Sekiranya keadaan menjadi serius, saya menasihatkan supaya pihak2 memviralkan kes tersebut memandangkan kami percaya bahawa terdapat ramai pihak di luar sana yang juga menjadi mangsa penipuan pihak syarikat tersebut.

Oleh demikian, sekiranya perkara ni diketahui umum maka akan ramai pihak diluar sana akan juga membuat repot polis dan ini akan menjadi satu nightmare bagi mana-mana Syarikat Scam di luar sana.

5. Pihak-pihak dinasihatkan untuk berkerjasama dengan mangsa-mangsa penipuan yang lain untuk membuat laporan polis ke atas Syarikat tersebut.

Sekiranya terdapat lebih daripada sepuluh (10) laporan polis dibuat ke atas Syarikat yang sama maka ini akan menjadi satu high profile scam case yang mana polis terpaksa mengambil tindakan yang serius ke atas Syarikat tersebut sehingga boleh menyebabkan lesen syarikat mereka digantung malah sekiranya didapati bersalah ianya boleh ditarik oleh pihak berkuasa.

6. Pada masa yang sama pihak-pihak dengan dokumen-dokumen yang lengkap seperti:
(i) Laporan Scrut;
(ii) Laporan Polis; dan
(iii) Surat tuntutan daripada peguam.

Untuk membawa kes tersebut di Tribunal Tuntutan Penguna Malaysia bagi:

a. Tuntutan untuk tebus rugi bagi pembelian barangan dan perkhidmatan yang dibenarkan di bawah bidang kuasa Tribunal;

b. Jumlah amaun yang dituntut tidak melebihi RM25,000.00; dan

c. Tuntutan yang terakru dalam masa tiga tahun dari tuntutan itu.

Ataupun sekiranya ianya melebihi kriteria di atas untuk membawa kes tersebut di Mahkamah.

Dengan merujuk kepada alternatif tidakan-tindakan di atas, adalah dinasihatkan untuk terlebih dahulu mendapatkan nasihat peguam kerana sekiranya tersalah langkah ataupun kecuaian dalam membuat tuntutan yang munasabah akan menyebabkan pihak pembeli membuat alegasi yang tidak munasabah dan / atau salah sehingga akan menyebabkan pihak Pembeli berkemungkinan dikenakan tindakan Saman Malu kerana memalukan syarikat dengan membuat kenyatan yang memalukan dan / atau menjatuhkan reputasi syarikat.

Janganlah apabila jatuh ditimpa tangga lagi. Buatlah keputusan yang bijak!

Kudos kepada pengusaha laman web Scrut kerana memberi penyelesaian kepada scam kereta rekon dan pembela bagi pembeli bagi kereta rekon di Malaysia.

Disediakan oleh,
Mahmud Jumaat
Peguambela dan peguamcara.

ps : boleh terus whatsapp beliau di talian +60132098957 jika mahu mendapatkan khidmat Tuan Mahmud.

KREDIT: SCRUT.MY

Google ads
Back to top button