Buletin

AKSI GENGSTER CIVIC FD HAYUN PARANG SAMURAI DIRAKAM

Apa masalah manusia di jalanan sekarang banyak yang jadi manusia tak normal bila pegang stereng.

Belum pun reda kes Abang Botak yang dikenakan hukuman penjara 12 tahun yang viral, kini timbul lagi satu kes. Yang mana kami percaya, pelakunya akan diberkas dalam masa terdekat.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Johor itu terjadi petang semalam melibatkan seorang suspek yang memandu Honda Civic FD dengan nombor pendaftaran CCB316 yang cuba memotong barisan/memintas tanpa memberikan lampu isyarat.

Perakam bagaimanapun tidak memberi ruang kepadanya. Berang dengan tindakan tersebut, pemandu Civic tersebut keluar menuju ke kereta yang merakam aksinya. Meskipun diberi amaran yang aksinya dirakam, beliau tidak mempedulikannya sambil menunjukkan isyarat lucah.

Ia turut disertai rakannya yang menunjukkan isyarat jari tengah. Selepas meneruskan perjalanan, pemandu Civic ini berhenti semula dan mengeluarkan pedang samurai dan melibaskan kepada kereta mangsa.

Ia mungkin untuk memberi amaran, namun tindakan tersebut berbahaya dan kami percaya Polis Diraja Malaysia akan mengambil tindakan segera atas perbuatan ini.

Google ads
Back to top button