Buletin

SST – HARGA KERETA VW TURUN 1.5 HINGGA 2.6%

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) hari ini mengumumkan harga yang telah disemak semula ke atas semua model Volkswagen mulai 1 September 2018 berikutan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Kecuali model CBU, harga baru kenderaan Volkswagen adalah  lebih murah berbanding 6% GST. Bukan itu sahaja, Skim Perlindungan Harga (PPS) VPCM masih dikekalkan ke atas semua model yang didaftarkan sehingga 15 November 2018, sehingga stok masih ada.

Sejak pengenalan PPS, permintaan terhadap kenderaan Volkswagen dilihat semakin meningkat. VPCM akan melakukan yang terbaik untuk memenuhi permintaan sedia ada.

Berikut adalah perbezaan harga model pemasangan tempatan dan penjimatan dengan PPS:

Perbandingan harga untuk model CBU.

“Dengan struktur cukai baru, penurunan harga kenderaan Volkswagen adalah sekitar 1.5% (Tiguan Comfortline) hingga 2.6% (Vento Highline).

“Bagi servis selepas jualan pula, harga akan ditentukan oleh kadar cukai perkhidmatan. Pelanggan boleh memuat turun harga servis baru di laman web rasmi Volkswagen,” kata Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter.

Semua model Volkswagen kini hadir dengan penyelenggaraan percuma 3 tahun, selain jaminan pengeluar dan bantuan tepi jalan selama lima tahun.

Google ads
Back to top button