Buletin

KIT HONDA S660 NEO CLASSIC DILANCARKAN DI JEPUN – MAHAL BETUL, RM48,153

Sejak dilancarkan beberapa tahun lalu, model kompak Honda S660 sememangnya mendapat sambutan hangat di Jepun.

Sebagaimana yang kita tahu, di Jepun memang banyak firma yang menghasilkan komponen atau bodykit kenderaan. Sama ada firma kecil atau besar, mereka menawarkan kelengkapan yang sememangnya membuatkan sesebuah kereta menjadi lebih unik.

Kali ini, pemilik kereta sports kecil itu boleh membeli kit badan yang mampu mengubahnya menjadi seperti sebuah jentera klasik. Dikenali sebagai S660 Neo Classic Kit, ia diinspirasikan kepada kereta sports Honda tahun 1960-an iaitu S600 dan S800.

Kit tersebut berjaya menukar penampilan sporty S660 sepenuhnya. Sebagai satu kit yang ekstensif, ia merangkumi hud, fascia hadapan dan belakang, dek dan fender.

Apa yang pasti, kit yang datang dalam keadaan tidak dicat dengan warna badan kereta ditawarkan pada harga ¥1,296,000 (RM48,153). Mak oi, mahal betul. Dah boleh beli Axia sebuah.

Lebih menarik lagi, kit tersebut ialah produk rasmi Honda dan boleh didapati di beberapa pengedar Honda terpilih di Jepun mulai 21 September depan. Kit itu sebenarnya mula dipertontonkan kepada umum pada acara Tokyo Auto Salon 2016 dan mengambil masa hampir tiga tahun untuk direalisasikan

Google ads
Back to top button