
GENERAL MOTORS SEDIA MANFAATKAN TEKNOLOGI KECERDASAN BUATAN – BINA KERETA BOLEH BERCAKAP
General Motors (GM) merancang memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk digunakan pada kenderaan masa hadapan.
Menurut Naib Presiden GM, Scott Miller, teknologi kecerdasan buatan boleh dipasangkan pada kenderaan bagi membolehkan ia bercakap dengan pemandu.
Untuk rekod, syarikat itu kini menjalin kerjasama bersama Microsoft bertujuan membangunkan teknologi chatbot.

Beliau berpendapat bahawa ChatGPT akan diakses oleh sesiapa sahaja termasuklah industri automotif.
“Teknologi tersebut akan digunakan untuk membantu pemandu mengawal ciri kenderaan termasuk pendingin hawa atau pemanas serta mengunci atau membuka kunci pintu garaj,” katanya.
Selain itu, ia juga boleh melakukan tugasan mudah seperti memberi arahan mengenai cara-cara menukar tayar sekiranya pancit atau membuat temu janji dengan bengkel terdekat.
“Pelanggan boleh mengharapkan kenderaan masa hadapan lebih berkeupayaan dan canggih secara keseluruhan apabila berkaitan dengan teknologi baru muncul.” – Kosmo
- BACA: FIRMA TEKNOLOGI SWITZERLAND HASILKAN TEKNOLOGI PENGECASAN, 0-80% DALAM MASA 72 SAAT
- BACA: PERODUA ATIVA HIBRID INI DATANG DENGAN 2 TEKNOLOGI PELIK
- BACA: FIRMA TEKNOLOGI BUANG LEBIH 55,000 PEKERJA, SYARIKAT AUTOMOTIF AMBIL PELUANG MEREKRUT
- BACA: SALAH TANGGAPAN PEMANDU TERHADAP KENDERAAN TEKNOLOGI HIBRID