Buletin

STOK INFLATOR BEG UDARA TAKATA UNTUK PEMANDU KINI 100%

Berikutan kekurangan bekalan alat ganti inflator beg udara Takata di peringkat global, Honda Malaysia turut berdepan masalah sama.

Honda-Malaysia-Takata-inflators-mekanika (1)

Namun begitu, Honda Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa kebolehdapatan komponen untuk beg udara pemandu kini adalah 100% sekarang.

Sehingga 17 Ogos lalu, Honda Malaysia telah menyempurnakan 45 peratus penggantian komponen tersebut yang melibatkan hampir 175,000 unit kenderaan. Dalam tempoh tiga minggu lalu, ia telah menggantikan lebih 31,800 unit inflator di pengedar sah, Honda, Hab Pusat Servis atau Hab Bergerak.

“Kami juga akan berusaha untuk memastikan kebolehdapatan alat ganti untuk beg udara penumpang hadapan. Kami ingin memohon maaf atas segala kesulitan ini,” kata Honda Malaysia dalam satu kenyataan.

Honda-Malaysia-Takata-inflators-mekanika (2)

Pelanggan yang terjejas diminta supaya membuat temu janji dengan mana-mana pengedar sah Honda, Hab Pusat Servis atau Hab Bergerak berhampiran.

Mereka boleh menghubungi talian percuma 1-800-88-2020 untuk membuat temu janjin dengan mana-mana Hab Pusat Servis di lokasi berikut:

Hab Utara (bersebelahan S.M.J.K. Convent Dato’ Keramat)

Alamat: No.401, Jalan Dato’ Keramat, 10150 Georgetown, Pulau Pinang.

Hab Tengah – Soo & Sons Metal Works Sdn. Bhd. (sebelah Columbia Asia Hospital)

Alamat: Lot 15 Jalan 13/6, Section 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor.

Hab Selatan – Oriental Assemblers Sdn. Bhd.

Alamat: 99 & 99A-C, Jalan Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor.

Honda-City-Takata-recal-mekanika (2)

Hab Pusat Servis sementara ini beroperasi sejak 1 Ogos dan berakhir pada 30 September 2016. Ia dibuka tujuh hari seminggu kecuali cuti umum, mulai jam 8am hingga 7pm.

Sebagai outlet tambahan, Honda Malaysia telah membukan 24 Hab Bergerak di 21 stesen minyak Petron terpilih dan tiga lokasi Honda Family Road Trip. Hab Bergerak memulakan operasi sejak 5 Ogos dan akan ditutup pada 25 September 2016. Ia dibuka mulai 8am hingga 7pm pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad di tiga lokasi berbeza.

Anda boleh memeriksa status panggilan semula kereta Honda di laman web: www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my atau hubungi talian: 1-800-88-2020.

Honda Malaysia juga mengambil langkah proaktif dengan memberitahu kepentingan menukar inflator ini menerusi media sosial dan SMS.

Google ads
Back to top button