Artikel PilihanBuletin

STROLLER VOLKSWAGEN GTI

Sempena sambutan 40 tahun jenama GTI, Volkswagen melancarkan kereta bayi berinspirasikan penuh dari model GTI.

volkswagen-stroller-gti-mekanika.jpg (2)

Stroller ini tentunya sifar kuasa kuda tetapi penampilannya diperbuat daripada 100 peratus keaslian prestasi GTI.

Produk kereta bayi itu didatangkan dengan empat roda berukuran 17 inci. Ia menggunakan rekaan rim Brooklyn GTI. Kemasan warna merah yang digunakan pada keseluruhan rangka adalah trademark GTI ketika ini.

Sementara rekaan gril honeycomb disisipkan pada sisi stroller dan fabrik tartan yang digunakan pada bahagian kerusi GTI digunakan sebagai kemasan khusus.

Hendal pemegang kereta sorong itu pula dibalut dengan material kulit hitam dengan jahitan merah. Kemasan berkenaan dapat dilihat pada stereng GTI. sila tonton video yang disediakan ini.

 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button