Buletin

SUBARU BRZ 2017 – BERMULA RM224, 389 SEUNIT! 

Motor Image Malaysia baru-baru ini secara rasmi melancarkan Subaru BRZ 2017 di Malaysia. Direka sebagai sebuah kereta sports sejati, BRZ kini memiliki titik graviti lebih rendah, ringan, stereng responsif dan kokpit yang fokus kepada pemandu. 

Jentera ini terus mengekalkan enjin DOHC BOXER bersesaran 2.0 liter yang diposisikan hanya 460mm dari tanah. Enjin yang kompak dan telah ditambah baik itu berupaya menjana kuasa sehingga 200PS dengan penggunaan minyak cuma 7.8L/100km (6 kelajuan manual) dan 7.1L/100km bagi transmisi auto enam kelajuan. 

Semestinya, enjin dengan lengkuk tork yang rata itu menjanjikan keseronokan ketika memecut. 

Dengan pacuan roda belakang, agihan berat BRZ yang seimbang menawarkan tahap kestabilan lebih baik. Ia dipasang dengan limited-slip differential Torsen yang membolehkan kawalan lebih tepat ketika mengambil selekoh. Kualiti pengendalian itu turut disumbang oleh sistem suspensi bebas.  

Beberapa mode pemanduan seperti TRACK memberikan lebih fleksibiliti kepada pemandu, bergantung kepada kondisi jalan dan kecenderungan pemandu. 

Sekali pandang, bahagian luar BRZ macam tidak banyak berbeza. Tetapi, model ini sebenarnya hadir dengan lampu utama berbentuk C LED sepenuhnya. Fender juga menerima rekaan baru. Mnakala muffler berkembar nyata menarik perhatian dan menggambarkan potensi prestasi BZ 2017. 

 

Penampilan itu disempurnakan lagi dengan rim aloi aluminium bersaiz 17 inci sepuluh jejari.   

Di ruang kabin, tempat duduknya direndahkan sedikit lagi. Tempat duduk belakang boleh dilipat untuk membolehkan anda mengangkut set tayar atau dua buah beg golf. Err.. budak kereta selalu main golf ke? 

Dari segi keselamatan, BRZ dipasang dengan Hill Start Assist (HSA), Vehicle Dynamics Control, 6 beg udara dan banyak lagi. 

Jika berminat, anda sudah boleh menempah BRZ yang didatangkan dalam tiga warna ini iaitu putih, biru dan merah. Harga di atas jalan termasuk GST tanpa insurans ialah RM224,389 untuk transmisi manual dan RM230,749 (automatik). 

Google ads
Back to top button