Buletin

SUBARU FORESTER CKD – BERMULA RM139,800!

Pengedar eksklusif kenderaan jenama Subaru di Malaysia, Motor Image Malaysia hari ini melancarkan SUV Subaru Forester baharu ke pasaran Malaysia.

Subaru-Forester-launch-2016-mekanika (5)

Forester kini ditawarkan dalam tiga varian iaitu 2.i berharga RM 144,948 model 2.0iP (RM154,488) dan 2.0XT yang merupakan CBU Jepun pada harga RM211,729 seunit.

Namun begitu, TC Subaru ada menawarkan harga pengenalan RM139,800 (2.0i) dan RM151,800 untuk varian 2.0iP untuk tempoh terhad. Semua harga yang dinyatakan adalah di atas jalan termasuk GST, cukai jalan dan tanpa insurans untuk pendaftaran peribadi di Semenanjung Malaysia.

Subaru-Forester-launch-2016-mekanika (11)Varian 2.0i dan 2.0iP dikuasakan oleh enjin Boxer FB20 empat silinder 16 injap bersesaran 2.0 liter. Mampu menghasilkan kuasa 150PS Dan tork maksimum 198Nm, ia dipadankan dengan kotak gear CVT. Gabungan rangkaian kuasa itu menawarkan penjimatan bahan api sekitar 7.9 liter bagi setiap 100km.

Varian 2.0XT pula dilengkapi enjin Boxer FA20 dengan pengecas turbo yang lebih berkuasa, 241PS dan tork puncak 350Nm. Enjin ini mencatat penggunaan bahan api kira-kira 8.5l/100km.

Subaru-Forester-launch-2016-mekanika (2)

Model baharu ini telah menerima beberapa penambahbaikan. Antaranya gril hadapan berbentuk heksagon, lampu belakang, rim bersaiz 17 inci dan 18 inci untuk model turbo. varian 2.0iP dan 2.0XT menerima lampu utama LED. Manakala 2.0i menggunakan lampu jenis halogen reflektor dan bampar dengan rekaan baharu.

Menjengah ke ruang kabin, anda akan dialu-alukan dengan rekaan dalaman yang baru dan lebih mewah. Paparan TFT LCD berwarna, sistem hiburan bersama pembesar suara Harman Kardon, pedal aluminium, Steering Responsive Headlights  dan PIN Code Access merupakan antara ciri menarik yang ditawarkan (bergantung kepada varian yang dipilih).

Subaru-Forester-launch-2016-mekanika (10)

“Kami mensasarkan untuk menjual 500 hingga 600 unit Forester sebulan. Langkah seterusnya, kami akan mengukuhkan rangkaian selepas jualan yang kini melibatkan 30 pengedaran di seluruh negara,” kata Pengarah Eksekutif Tan Chong International Ltd., Glenn Tan.

Motor Image juga akan membuka hab alat ganti di Kuala Lumpur serta sub hab di Johor Bahru dan Pulau Pinang.

Subaru-Forester-launch-2016-mekanika (1)

Dihasilkan di kilang Tan Chong di Segambut,  50 peratus Forester dieksport ke pasaran Thailand. Forester didatangkan dalam lima warna menarik iaitu putih, perak. kelabu, gangsa dan hitam.

Google ads
Back to top button