Artikel Pilihan

KERETA RALI SUBARU WRX STI 2017

Jenama Subaru dalam dunia rali WRC suatu ketika dahulu sememangnya cukup digeruni. Persaingan sengit bersama Mitsubishi cukup mendebarkan. Namun kini Subaru telah pun menarik diri daripada persaingan WRC, begitu juga dengan Mitsubishi. Namun kelibat jentera Subaru masih boleh kelihatan hasil pembikinan daripada pemilik pasukan persendirian.

BACA : SUBARU AMERIKA DEBUT WRX & WRX STI 2018

BACA : DAH KENAPA KERETA RALI BIRU SUBARU DITUKAR KEPADA GAMBAR SUNGAI?

Dan salah satu daripada peminat jentera Subaru ini adalah Vermont Sports Car, telah pun menghasilkan jentera khas, Subaru WRX STi khusus untuk pasukan Rally Team USA. Terubat sikit nak melihatkan kereta sedan beraksi dalam rali, yang mana sejak akhir-akhir ini banyak di dominasi oleh kereta hatchback.

Melihatkan jentera terbaharu Subaru ini, sememangnya kelihatan sangat gagah. Ketak sana sini gaya Zul Ariffin. Nampak solid. Dan itu memudahkan pihak Vermont untuk memantapkan lagi sebuah jentera yang hebat kepada super hebat. Oh ya, pihak Vermont sebetulnya ada menyediakan dua versi, satu untuk kegunaan rali biasa manakala satu lagi khusus untuk rallycross.

Modifikasi yang telah dilakukan terhadap model standard kilang adalah dengan meringankan serta memperkukuhkan kerangka badan serta menggunakan rangka keselamatan penuh yang dikimpal terus ke badan kereta supaya ketegaran dan kekuatan lebih terjamin orang kata. Manakala tangki bahan bakar asal telah digantikan dengan tangki yang dilengkapi dengan penebat kevlar.

Lain-lain kelengkapan dalam adalah seperti tempat duduk kevlar RECARO SPA yang turut tersedia dengan HANS (Head and Neck Restraint System). Penyerap hentak boleh laras tahan lasak buatan Reiger pula mampu menjamin keupayaan kereta terus beraksi dengan cemerlang ketika aksi terbang tinggi dilakukan oleh Travis Pastrana.

Enjin asal yang sudah sedia cemerlang dikekalkan, cuma beberapa perkakasan ditambah seperti turbo inlet 33mm (syarat ARA Championship) serta sistem turbo anti-lag agar kuasa maksimum mampu dilepaskan. Kotak gear Sadev enam kelajuan dengan ratio yang pendek pula dapat memastikan kelancaran penukaran gear dengan lebih pantas dan tangkas. Dengan pengubahsuaian yang esktensif sebegini, angka 320hp adalah munasabah untuk diperolehi ketika berlumba.

Manakala untuk versi kegunaan rallycross, secara harfiahnya masih lebih kurang sama dengan saudara kembarnya. Barulah adil orang kata. Melihatkan dari muka hadapan memang sama. Cuma kalau perasan, terdapat laluan udara di pasang pada bahagian pintu belakang. Ini disebabkan sistem penyejukan enjin dipindahkan ke bahagian belakang demi melindunginya daripada sebarang debris yang berterbangan masuk ke dalam. Maklumlah, rallycross ni lasak dia lain macam sikit.

Kit badan yang kembang sana sini seolah telah mengalami proses luluhawa telah dijayakan oleh Vermont sendiri dengan menggunakan karbon fiber dan karbon kevlar bagi menampilkan imej yang lebih sasa.

Manakala satu lagi perbezaan yang ketara adalah penggunaan turbo yang lebih besar bersaiz 45mm seperti mana yang disyaratkan oleh Global Rallycross Championship. Ini menjadikan jentera rallycross ini berupaya mencapai kuasa sehingga 580hp kau! Dan untuk mengawal jentera sebuas itu, sudah tentulah hanya pelumba yang handal sahaja layak memandunya seperti Chris Atkinson. Hangpa kenal ke tidak brader Chris ni?

Sumber : subaru.com

Google ads

B K

Back to top button