Artikel Pilihan

SEMBANG SANTAI – SUBARU GC8 SI KERETA RALI CHEPOT

Sewaktu acara rali tempohari, BK hanya memerhatikan sahaja kereta rali si GC8 ini dari tepi trek. Memandang ke dalam trek melihat kawan – kawan beraksi dengan satu perasaan yang mungkin sayu. Hiba. Sugul. Mungkin. Lalu BK pun mendekatinya.

BK : Assalamualaikum GC8. Sihat ke tu?

GC8 : Waalaikumussalam..Eh Bang BK rupanya. (sambil menyeka air mata yang mula menitis hiba)

BK : Sorilah kalau aku ni mengganggu emosi kamu pagi pagi ni.

GC8 : Eh tak ada apa. Tak ada apa. Saya ok aja ni.

BK : Iyake ok tu. Mata kamu merah aja tu. Kamu nangis eh.

GC8 : Eh mana ada. Mana ada. Ni mata saya masuk habuk ni, maklumlah duduk tepi trek kan.

BK : Iyalah GC8 oi. Hah, nak tanya kamu sikit ni. Lama juga kan kamu ni tak beraksi sebenarnya? Tak rindu ke nak sesah tayar tu?

GC8 : Ah Bang BK ni. Soalan pun tak beragak. Sayu juga saya ni sebenarnya. Dari pusingan pertama lagi, saya dok perhati aja yang lain lain beraksi. Itulah, semenjak bos saya si Chepot tu menggalas tugasan yang lebih besar, memang alamatnya saya ni duduk tepi trek sahajalah gayanya.

BK : Hmm…. Sayang betul Chepot dengan kamu ni kan?

GC8 : Hahaha! Tentang perihal saya ini kesayangan Chepot sememangnya tidak dapat disangkal lagi Bang BK. Geng rali semua tahu. Jenis saya ni entah berapa biji Chepot pernah beli pun tak terhitung dah rasanya. Banyak. Itu belum lagi model versi jalanan dengan warna rasmi biru Subaru yang kini hanya berada di bilik pameran sahaja berbanding dalam parkir rumah. Tinggi betul darjat dia tu. Kata Chepot, sayang nak pandu atas jalanraya. Bimbang terjadi apa – apa. Suruh jual tak mahu pula.

BK : Apa yang membuatkan Chepot sentiasa memilih kamu ini sebagai kereta rasmi rali beliau eh? Apa yang istimewanya sangat kamu ni?

GC8 : Untuk makluman Bang BK, selain daripada kesedapan enjin boxer yang saya miliki ini, ada satu karektor yang saya miliki cukup digemari si Chepot, iaitu kesedapan ketika mengambil selekoh. Tak meliar tak tentu hala orang kata. Dan tahukah Bang BK bahawa berat saya ni lebih ringan daripada model GDB. Eh Bang BK nak tahu satu rahsia tak?

BK : Hah! Apa dia rahsia dia tu?

GC8 : Saya ini sebenarnya ada launch control tau, yang mana cukup afdal untuk digunakan sewaktu untuk pelepasan rali. Memecut pergi dengan lancar tanpa menyebabkan tayar tergelincir akibat daripada over – revving. Tapi si Chepot ni tak gunakannya pun. Beliau lebih suka manual rev manually pada RPM 4500 demi mengelakkan saya yang dah berusia ni terkejut sekali gus menangkap apa – apa yang dah berusia tu nanti di dalam badan kereta. Kaput gearbox naya Bang BK. Hihihi! Tahu tak Bang BK satu lagi rahsia nak kabor ni.

BK : Hah! Mende lagi tu?

GC8 : Si Chepot ni sebenarnya cukup menggemari si Colin McRae tu. Feeling jadi Colin McRae la apalagi setiap kali beliau beraksi.

BK : Hahaha! Kemain kamu ya GC8 bocorkan rahsia si Chepot ni. Er, jadi, kiranya Chepot masih lagi akan menggunakan kamu lagi di masa akan datang?

Chepot : Rasanya macam begitulah. Tapi untuk guna secara kompetetif macam tak berapa pasti pula. Lama sangat saya ni tak berlumba. Bimbang makin sengal sengal pula badan saya ni asyik berehat aja. Setakat pusing seround dua mana puas Bang BK. Tak syok. Chepot pun dah lama tak belanja peminat dengan skil dan aksi terbang beliau bersama saya. Harap harap adalah MRC tahun hadapan.

BK : Kan ada dah Rally Sprint ni.

GC8 : Mana maunyeee. Si Chepot tu kan dah jadi orang kuat penganjur, kena duduk tepi trek sambil menahan ketar lutut lagilah jawabnya. Samalah nasib dengan si Henzee tu. Masing – masing pakat ketar lutut.

BK : Nasiblah.

BACA : SEMBANG SANTAI BERSAMA WAK JAMAL – OTAI DUNIA RALI TEMPATAN NI!

BACA : SEMBANG SANTAI – NISSAN GRAND LIVINA APA KHABAR SEKARANG INI?

Google ads

B K

Back to top button