Buletin

SUBSIDI PETROL: RM30 UNTUK KERETA DAN RM12 UNTUK MOTOR. CUKUP TAK?

Setelah hampir setahun tertangguh, kerajaan akhirnya mengumumkan mekanisme terbaru untuk subsidi petrol bersasar yang dijadual akan dilaksanakan pada awal tahun hadapan.

Dikenali sebagai Program Subsidi Petrol (PSP), ia langkah untuk memastikan golongan sasaran mendapat manfaat harga petrol bersubsidi, namun dengan cara berbeza di mana bayaran subsidi akan dikreditkan terus ke akaun penerima.

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang memiliki kenderaan degan cukai jalan yang sah akan menikmati tambahan subsidi petrol sebanyak RM30 bagi kereta dan RM12 bagi motosikal dan jumlah tersebut akan dikreditkan terus ke akaun penerima setiap empat bulan sekali bermula awal tahun depan.

Berikut ialah fakta berkenaan program subsidi terbaru ini.

  • Sebanyak 2.9 juta penerima akan mendapat manfaat daripada program subsidi
  • Anggaran tanggungan bagi perlaksanaan tersebut adalah sebanyak RM65.4 juta sebulan.
  • Hanya penerima BSH yang beralamat di Semenanjug, dan memiliki kenderaan atas nama dan cukai jalan sah sahaja yang layak menerima Program Subsidi Petrol.
  • Pemilik kereta berkapasiti 1,600 cc ke bawah layak menerima RM30 subsidi sebulan, manakala pemilik motosikal 150 cc layak menerima RM12 sebulan.
  • Bayaran akan dikreditkan ke dalam akaun penerima setiap empat bulan sekali.
  • Harga jualan RON95 akan diapungkan pada Januari 2020
  • Harga jualan RON95 buat masa ini masih kekal di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Tags
Google ads
Back to top button