
DARI SAMPAH-SARAP MENJADI OBJEK SENI YANG MEMUKAU
Objek seni adalah sesuatu yang subjektif, ia boleh bermula dari koleksi kereta mahal edisi terhad seperti Bugatti Chiron. Ataupun model-model biasa yang diiktiraf oleh selebriti dan ikon dalam bidangnya. Objek seni juga tidak semestinya dinilai dengan matawang.
Ini kisahnya di Warsaw, ibu negeri Poland di mana seramai 50 orang sukarelawan seni dari seluruh dunia telah mengambil inisiatif menukar bahan buangan berasaskan besi kereta kepada replika kereta mewah yang sangat cantik.
BACA – CONVERT MYVI JADI RACY
BACA – TOYOTA (1978) YANG TERSADAI DI CYPRUS
Mereka berkumpul dan mengguna semula bahan terbuang dari sebuah gudang pelupusan kereta di sebuah daerah Pruskzow, berhampiran Warsaw. Tanpa menggunakan walau secebis pun bahan baru, besi-besi lama ini telah disatukan membentuk beberapa buah kereta eksotik bersaiz penuh.
Mereka menukarnya menjadi motosikal, Maserati Gran Tourismo, Fiat 500, Lamborghini Aventador, Bugatti Veyron dan Mercedes 300SL antara lainnya. Bahan-bahan yang digunakan termasuklah kepingan besi badan kereta, regulator tingkap kuasa, gerigi synchromesh transmisi.
Bukan sahaja cantik, malah ketelitian binaannya juga bernilai tinggi. Setiap perincian dibuat semula termasuklah bahagian enjin, kokpit dan kemasan kecil seperti papan pemuka, konsol dan kerusi yang berjaya direplikakan semula mengikut model khusus.
Realitinya, negara-negara Eropah sememangnya sangat menitikberatkan hal-ehwal pelupusan. Setiap produk yang hendak direka baik peralatan rumah, pejabat, bangunan, komputer malah kereta mesti mematuhi peratusan kitar semula dan kerajaan menetapkan insentif perlepasan cukai jika produk tersebut menepati piawai.
Tak lama dahulu, saya pernah menonton kempen Mazda di Amerika dengan menjelaskan produk mereka menepati sejumlah bahan binaan kitar semula antara yang tertinggi. Mereka antara yang terawal menggunakan tangki bahanapi buatan plastik dan campuran besi yang mudah dilebur. Ya. Ia difikirkan pada peringkat rekabentuk!
Kredit kepada