
GEELY DEDAH SUV COUPE RUILAN 7 DI SHANGHAI AUTO SHOW. TUKAR BATERI KURANG 1 MINIT, JARAK GERAK 550-750KM
Syarikat usaha sama Geely dan Lifan, Ruilan Auto mendedahkan model terbaharu, SUV coupe Ruilan 7 di Shanghai Auto Show 2023.
Ruilan 7 dibina berdasarkan seni bina kristal GBRC (Global Battery Rapid Change) yang menyokong pertukaran bateri dalam masa kurang satu minit, pengecasan pantas 40 minit, pengecasan rumah 7kW dan pengecasan perlahan 2kW.

Dari penampilan, Ruilan 7 menggunakan badan SUV coupe. Model ini dipadankan bersama gril tertutup selain dilengkapi dengan lidar yang berfungsi sebagai bantuan pemanduan lanjutan berdasarkan platform pengkomputeran kokpit Longying.
Bahagian dalamannya mempunyai stereng dua jejari, panel instrumen segi empat tepat panjang, skrin kawalan pusat terapung bersaiz besar serta didatangkan dengan konsol tengah dan dua port pengecasan tanpa wayar.
Untuk rekod, Ruilan 7 tersedia dalam pacuan roda belakang (RWD). Sementara dari segi kuasa pula, ia dipacu oleh bateri kapsul yang menawarkan jarak gerak antara 550 – 750km, mengikut data CLTC.
Setakat ini, harga Ruilan 7 hanya akan diketahui pada pelancaran rasmiJulai nanti.
GALERI:







- BACA: GEELY PERKENAL CAO CAO 60 EV. JARAK GERAK 415KM, HARGA RM77K
- BACA: GEELY UMUM JENAMA BAHARU, CAO CAO AUTOMOBILE – FOKUS RIDE-HAILING
- BACA: INILAH GEELY BOYUE COOL. 1.5L TURBO, STERENG ANTI-BAKTERIA, LANCAR 1H 2023
- BACA: GEELY NAFI TIRU REKA BENTUK KERETA CHANGAN AUTOMOBILE – TUDUHAN TAK BERASAS DAN MENGELIRUKAN