Buletin

SUV INI AKAN JADI PRODUK PERTAMA HASIL USAHASAMA PROTON-GEELY

Sebagai sebahagian daripada perjanjian yang dimeterai semalam antara Proton-Geely, antara intipati utama yang disebut beberapa kali ialah tentang SUV ini. Ia adalah sebahagian daripada perbincangan utama dalam konteks perjanjian di mana Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Dato’ Sri Syed Faisal Albar berkata, ia adalah produk pertama yang akan terhasil dari kerjasama ini.

Proton tidak pernah membina kenderaan SUV, salah satu segmen yang kini cukup laris di rantau ini. Lihat sahaja bagaimana Honda membuat untung dengan HR-V dan bagaimana Toyota kelam kabut memperkenalkan C-HR mereka ke pasaran global. Tidak dapat dinafikan lagi, SUV adalah trend kenderaan penumpang terkini.

BACA: APA JADI ENGAN ENJIN PROTON TGDi?

Geely Boyue ini adalah SUV paling laris di China. Ia adalah SUV dalam kelas yang sama segmen B seperti Honda HR-V, Toyota C-HR dan Mazda CX-3.

“Tak pelik kan China, kereta murah dan pasaran besar” – kata panglima papan kekunci.

Begini. Jika Abang Japar buat website mekanika.com.cn di China pun rasanya Abang tak boleh ingat pun setiap nama syarikat kereta di sana. Pelancaran model kereta baru mungkin berlaku setiap minggu. Industri di sana sangat besar dan dengan persaingan yang sengit, kereta ayam tidak boleh dijual pun.

Ada 70 pengeluar kereta dan beratus-ratus model kereta dan bayangkan bagaimana nak bersaing dengan pemain lain.  Bila jadi yang paling laris macam Boyue (apa lah nama nak sebut pun susah) sudah tentu banyak benda bagus yang menarik minat pembeli.

Untuk pengetahuan anda juga, Geely adalah pengeluar ketiga terbesar di China (jenama sendiri-tak termasuk Volvo)

DI China, Boyue ini dipasarkan dengan dua pilihan enjin iaitu JLD-4G20 petrol 2.0L (Aspirasi Biasa) dan JLE-4G18TDB 1.8 liter Turbo. Masing-masing menghasilkan kuasa 139 kuasa kuda dan 181 kuasa kuda. Berkemungkinan besar, pilihan yang sama akan digunakan oleh Proton kelak.

Kenapa? Tiada pembangunan baru akan dibuat bagi model yang baru sahaja setahun lebih di pasaran. Tiada pengeluar yang gila nak tukar model tiap-tiap tahun.

Walaupun namanya sangat tidak sedap disebut tetapi SUV ini adalah antara produk Geely yang menarik untuk dibincangkan.

DNA EROPAH

Ia direka oleh Peter Horbury, Naib Presiden Rekabentuk Geely Auto di Geely Auto’s Hangzhou R&D center.  Peter Horbury juga bertanggungjawab dalam rekabentuk kereta-kereta Volvo. Sebab itu juga kalau anda perasan, SUV ini kelihatan lebih reka-Eropah berbanding reka-China.

Kerangka SUV ini direka dengan bantuan MIRA, syarikat kejuruteraan British yang membantu mereka mendapatkan pengendalian, keselesaan dan kelasakan sebuah kenderaan multi-fungsi.

Kesemua varian enjin yang digunakan melepasi piawaian Euro 5. Bagi varian tertingginya pula, ia dilengkapi semua ciri premium. Ia ada 6 beg udara, ABS, EBD, ESP, TCS, BA, EPB, Auto Hold, TPMS, HHC, HDC, Amaran Pelanggaran, Lane Departure Warning (LDW), Smart High Beam dan semuanya lah senang cakap.

Ringkasnya, jika ini yang Proton bawa masuk sebagai model pertama kami yakin ia akan mudah dijual. Hanya strategi seperti harga dan aspek lepas jualan yang jadi penentu.

JIKA PROTON JUAL – BERAPA HARGANYA?

Jika jadi kenyataan, berapa rasanya harga yang anda sanggup bayar untuk sebuah SUV Proton-Geely ini? Perlu diingatkan, Ia tidak bersaing dengan Perodua pun.

Mungkin satu ketika dahulu Perodua pernah gagal dengan Nautica yang berharga RM70,000 itu. Tapi perlu diingatkan Nautica adalah SUV ladder frame berbanding Boyue ini yang dibina sepenuhnya dari asas monocoque – lebih selesa dan lebih mirip sebuah kereta.

Ambil Honda sebagai model contoh. Segmen C iaitu Civic 1.8 lebih mahal berbanding HR-V dan bandingkan Boyue ini sudah pasti posisinya di bawah Preve. Berapa harga Preve? RM60,000 untuk model asas.

Jadi berapa harga SUV ini paling asas?. Letakkan pilihan enjin 2.0 empat selinder N/A dengan transmisi manual sebagai pilihan paling bawah. Jadi berapa? RM50,000 ke RM55,000 boleh?

Abang Japar suruh bayang kan saja, jangala optimis sangat….

 

GALERI

Google ads
Back to top button